CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

10 Filem Seram Terbaik Malaysia Yang Anda Wajib Tonton!

6-9-2018 06:19 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 70812| Komen: 103|Original author: Oleh: Ferr Remy

Description: Anda peminat filem seram? Sudah tentu filem-filem di bawah ini tidak asing dengan anda.
Anda peminat filem seram? Sudah tentu filem-filem di bawah ini tidak asing dengan anda. 

Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan filem bergenre seram terutamanya filem keluaran tempatan, berikut adalah senarai 10 filem paling seram yang pernah dihasilkan di Malaysia yang boleh anda tonton di rumah!



10. Mistik

YpQUTNroOfoijZVHNkRnQgO7RUC.jpg
(Kredit Foto: IMDB)

Biarpun ketika waktu filem ini ditayangkan terdapat pelbagai kecaman dan kritikan yang kurang enak dari penggemar filem seram, Mistik masih tidak mengecewakan dari aspek keseraman yang ditonjolkan. Diarahkan oleh Prof. A Razak Mohideen, filem ini mendapat kecaman ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan jeritan pelakon Rita Rudaini yang bingit di dalam filem ini, serta pengakhiran filem ini yang digambarkan sebagai mimpi semata-mata. 


Biarpun jalan ceritanya agak klise dan tipikal, filem ini masih mampu mewujudkan suasana seram di sekeliling anda dan membuatkan anda tidak senang duduk!


9. Trauma

Trauma 01.jpg
(Kredit Foto: Wikipedia)

Filem lakonan Nasha Aziz ini mengangkat tema kecelaruan mental dan identiti (psikologi) sebagai intipati utama filem arahan Aziz M Osman ini. Persembahan cemerlang Nasha Aziz sebagai antagonis di dalam filem ini telah membuatkan beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia yang ke-17. 

Filem ini membuatkan kita turut bermain dengan akal dan emosi, sambil disusuli dengan adegan-adegan yang kurang menyelesakan dan mampu membuatkan bulu roma berdiri.


8. Susuk 

Susuk (2008)
(Kredit Foto: IMDB)

Filem ini merupakan filem arahan Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika, Naeim Ghalili. Mengangkat tema penggunaan susuk sebagai fokus utama cerita, filem lakonan Ida Nerina dan Diana Rafar ini tenyata tidak menghampakan. Jalan cerita yang tidak klise, mengangkat budaya syirik dan mistik di dalam masyarakat kita merupakan kekuatan utama filem ini.


7. Chermin

Related image
(Kredit Foto: IMDB)

Chermin merupakan filem arahan Zarina Abdullah. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang sangat obses dengan sebuah cermin antik selepas wanita itu ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal di mukanya. Lakonan Deanna Yusoff dan Natasha Hudson di dalam filem ini tidak mengecewakan sehingga Natasha pernah dijulang sebagai pelakon harapan wanita untuk Festival Filem Malaysia, suatu ketika dahulu.


6. Puaka Tebing Biru

Puaka tebing biru (2007)
(Kredit Foto: IMDB)

Lakonan cemerlang dari Umie Aida, Nasha Aziz serta Fahrin Ahmad, filem arahan Osman Ali ini mendapat kutipan yang agak tinggi meskipun pada tahun 2007 filem seram masih lagi bertatih untuk bertapak kembali di dalam industri perfileman. Filem ini juga berjaya bermain dengan emosi penonton apabila turut menyerapkan elemen kesedihan dan simpati, tetapi pada masa yang sama masih tidak mengaibaikan adegan-adegan seram sebagai teraju cerita.


5. Paku

Image result for paku filem
(Kredit Foto: Google)

Paku yang diinpirasikan dari filem seram Malam Satu Suro serta kisah Highland Tower, mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak mampu melepaskan isterinya biarpun isterinya telah meninggal dunia! Walaupun efek, teknik serta suntingan filem ini hanya berada pada tahap memuaskan, lakonan cemerlang Aishah Ilias dan Johan Asari serta jalan ceritanya yang tersendiri telah berjaya menaikkan bulu roma peminat-peminat filem seram tanah air.


4. Jangan Pandang Belakang

Jangan pandang belakang (2007)
(Kredit Foto: IMDB)

Filem arahan Ahmad Idham lakonan Pierre Andre ini merupakan filem seram yang menjadi fenomena di Malaysia. Penggunaan perkataan "Jangan Pandang Belakang" seringkali bermain di bibir rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka ingin menakutkan seseorang. Filem yang ditayangkan pada tahun 2007 ini juga membuka peluang kepada pelbagai filem seram untuk kembali menjengah panggung setelah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari peminat filem tempatan. 

Ini adalah kerana pelbagai syarat dan peraturan dari Lembaga Penapisan Filem sebelum ini telah mengakibatkan Malaysia ketandusan filem seram. Pelbagai filem bergenre seram dan "spoof" dikeluarkan selepas itu menggunakan judul filem yang agak sama seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Boleh?, dan sebagainya.


3. Dukun

Related image
(Kredit Foto: Google)

Dukun yang menampilkan Umie Aida sebagai teraju utama merupakan arahan filem pertama dari pengarah Dain Said. Filem ini telah diperap selama 10 tahun lamanya dan hanya pada baru-baru ini telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk ditayangkan. Suntingan filem ini dilihat agak caca merba dan perjalanan ceritanya agak perlahan serta mengelirukan. 

Walau bagaimanapun, kecatatan filem ini ditutupi dengan jalan ceritanya yang diinspirasikan dari kisah benar pembunuh yang paling kejam di Malaysia serta lakonan yang cukup cemerlang dari Umie Aida dan Elyana. Latar cerita yang dirakamkan di Kuala Lumpur pada awal tahun 2000-2006 juga kelihatan amat menarik. Bayangkan telefon awam yang masih elok masih boleh dilihat secara meluas di dalam filem ini!


2. Munafik

Related image
(Kredit Foto: IMDB)

Filem seram kedua arahan anak kepada Dato' Yusof Haslam ini menampilkan Syamsul Yusof dan Nabila Huda sebagai teraju utama. Meskipun lakonan Syamsul masih kayu dan lontaran suaranya agak terkawal sehingga kelihatan dibuat-buat, persembahan cemerlang Nabila Huda telah membuatkan filem ini "bernyawa". 

Siapa yang boleh lupa adegan Nabila Huda yang dirasuk sehingga memanjat dinding di dalam keadaan yang sangat mengerikan? Munafik mendapat kutipan filem yang tertinggi pada tahun 2016, yang membawa kepada susulan filem ini yang berjudul Munafik 2, bakal menemui penonton tidak lama lagi.


1. Khurafat : Perjanjian Syaitan

KhurafatPerjanjianSyaitan(poster).jpg
(Kredit Foto: IMDB)

Khurafat merupakan filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, yang juga mengangkat dirinya sendiri sebagai teraju utama. Kelebihan filem ini lebih bergantung kepada jalan cerita yang kemas, adegan seram yang boleh menaikkan bulu roma penonton terutamanya babak jenazah yang bangun ketika berada di dalam van mayat! Klimaks penutupnya yang bermain dengan elemen kejutan juga membuatkan filem ini menyerlah sebagai filem seram terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia!


Banyak lagi filem seram keluaran tempatan yang tidak kurang hebatnya. Hantu Kak Limah Balik Rumah, Al Hijab, Cerita Hantu Malaysia dan sebagainya juga pasti tidak mengecewakan. Juga, filem-filem seram akan datang yang pastinya menghantui penonton di pawagam tidak lama lagi seperti Langsuir arahan Osman Ali, Munafik 2 yang merupakan arahan Shamsul Yusof - pastikan anda menonton semua filem di atas menerusi saluran yang betul ya! Sokonglah industri perfileman tempatan! - CARI 
42

Bagus
26

Marah
26

Terkejut
21

Sedih
27

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 6-9-2018 06:21 PM
Iol suke main2 hantu n setinggan
Quote Ferr_Remy 6-9-2018 06:34 PM
Side note, ketika artikel ni ditulis, Munafik 2 masih belum ditayangkan. Lol.
Quote drivethru 6-9-2018 06:58 PM
Jangan pandang belankang mmg menakutkan. Popcorn aku boleh terpelanting sbb terkejut.
Quote nishikido 6-9-2018 07:07 PM
Mana pontianak harum sundal malam.. walaupun tak seram sangat tapi jalan cerita boleh tahan dan kira fenomena lah jugak.tapi yg pertama jelah best..yg sequel dia dah merepek2...
Quote one_aiman 6-9-2018 07:13 PM
jangan tegur lakonan piere andre & julia zigler tu pun best jugak..seram macam jangan pandang belakang..sampai skrg iols xleh lupa hantu nenek kepala kena ikat mcm mayat tu..
Quote one_aiman 6-9-2018 07:14 PM
nishikido replied at 6-9-2018 07:07 PM
Mana pontianak harum sundal malam.. walaupun tak seram sangat tapi jalan cerita boleh tahan dan kira ...

kan..pontianak part 1 tu paling seram di zaman dia..kalau ulang tengok malam2 pun masih ada rasa seram meremang tu..
Quote airenLMH 6-9-2018 07:16 PM
Bagi aku, movie malaysia plg seram adalah momok vcd tuu. Legend gilaaa cerita tu.
Quote fadz84 6-9-2018 07:18 PM
Filem Misteri Rumah Tua & Rahsia lakonan
primadona Noorkumalasari blh tahan jgk level angker nya..
Quote grouper 6-9-2018 07:30 PM
Badang pun seram gak...naik bulu roma igt balik badang tu
Quote melnanzz 6-9-2018 07:31 PM
Honorable mention:

Jwanita - Maya Karin & Bront Palarae

Quote selipar_hijau 6-9-2018 07:32 PM
Puaka niyang rapik pun bleh tahan
Quote beta_carotene 6-9-2018 07:34 PM
Chermin tu agak seram iya...
Quote borrow 6-9-2018 07:41 PM
pramlee.jpg


Filem ni plg seram kowt ... hai mambang tanah ... cobaan ..


Quote borrow 6-9-2018 07:47 PM
Ai pnh tgk filem seram Indo . Siap ada makan baby lagi. Ai takut 3 hari 3 mlm. Pastu tobat tamo tgk filem seram indo dah

Neway , Dari list tu , ai cuma pnh tgk trauma .

Filem  Pontianak harum sundal malam best gak.  

Ada satu filem , apa tah tajuknya. Kisah pembunuhan di rumah. Culprit tu tok sop selam. Best gak.
Quote umbut 6-9-2018 07:49 PM
fadz84 replied at 6-9-2018 07:18 PM
Filem Misteri Rumah Tua & Rahsia lakonan
primadona Noorkumalasari blh tahan jgk level angker nya.. ...

Yup.. misteri rumah tua dgn rahsia tu seram.. dgn mata noorkumalasari yg terbeliak tu....
Quote fadz84 6-9-2018 08:00 PM
beta_carotene replied at 6-9-2018 07:34 PM
Chermin tu agak seram iya...

Yup film yg best chermin tu.. pelakon pun best.. pengarah Filem tu xnk buat film seram lg ke.. mcm dh pernah dgr nma pengarah tu lps film Chermin..
Quote RamonaFlower 6-9-2018 08:14 PM
nishikido replied at 6-9-2018 11:07 AM
Mana pontianak harum sundal malam.. walaupun tak seram sangat tapi jalan cerita boleh tahan dan kira ...

Yassss! Lagu ost yg misha omar nyanyi pun i rasa seram nak dgr mlm2
Quote lantodak 6-9-2018 09:12 PM
Susuk n puaka tebing biru tu tak layak kot masuk top 10 list ni..mengarut sungguh jalan cerita..
Quote wadiunong 6-9-2018 09:18 PM
Antara list kat atas tu Chermin bg iols paling seram & lakonan Natasya hudson sangat superb. Dia memang tak kayu. Dukun iols tak tengok lagi so tak tahu seram ke tak

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.283717 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top