Seorang lelaki warga emas ditahan polis berikutan mengeluarkan pistol dalam keadaan mabuk di pusat beli-belah Centre Point, Bandar Utama semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku kira-kira 6 petang itu mencetuskan keadaan panik di kalangan pengunjung di pusat beli-belah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan mendapati suspek dikatakan bergaduh dengan rakannya yang datang bersama di dalam sebuah restoran yang berada di tingkat satu. "Ketika bertengkar, suspek yang mabuk telah terjatuh dan terhantuk pada bucu meja makan menyebabkannya cedera di kepala."
"Pemilik restoran yang melihat keadaan lelaki itu kemudian menghubungi ambulans dan setelah pasukan paramedik selesai memberi rawatan, suspek didapati tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol semi-automatik untuk mencari rakannya." Tambah Mohd Zani, suspek mempunyai permit membawa dan mengguna pistol berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menggunakan senjata api. "Suspek kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialami sebelum dreman." Tegas Mohd Zani, tiada sebarang kejadian tembak menembak berlaku sebagaimana yang ditularkan di media sosial.- CARI
|
44
Bagus |
44
Marah |
25
Terkejut |
38
Sedih |
21
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT