CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Diacukan Pistol Dikepala

20-8-2014 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6431| Komen: 30

Description: Dalam Kejadian Jam 6.15 Pagi Itu, Peniaga Restoran Berusia 53 Tahun Dikatakan Sengaja Bertindak Demikian Untuk Menakut-Nakutkan Anggota Polis Berkenaan Selain Ingin Mengelak Daripada Ditahan.
Polis Diacukan Pistol Dikepala


Kuala Lumpur: Seorang lelaki cuba berlagak samseng apabila mengacu sepucuk pistol kepada anggota polis peronda (MPV) yang menahannya atas kesalahan melanggar lampu isyarat di Jalan Kepong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, peniaga restoran berusia 53 tahun dikatakan sengaja bertindak demikian untuk menakut-nakutkan anggota polis berkenaan selain ingin mengelak daripada ditahan.

Sumber berkata, kejadian itu bermula apabila dua anggota polis MPV yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu keretanya secara melulu.

“Anggota polis kemudian mengekori kereta suspek dan ketika tiba di satu persimpangan lampu isyarat, suspek tidak berhenti meskipun lampu isyarat bertukar merah.

“Melihat tindakan itu, anggota polis terbabit kemudian membunyikan siren MPV dan mengejar kereta berkenaan, namun suspek terus memecut laju lalu melanggar dua lagi lampu isyarat merah di jalan sama,” katanya.

Menurut sumber, suspek hanya memberhentikan keretanya sebaik tiba di depan sebuah apartmen di Bandar Manjalara, Kepong sambil berlagak samseng dengan menyelit sepucuk pistol pada pinggangnya.

“Suspek mengacukan pistol itu kepada anggota polis sambil memberitahu dia bukan penjenayah dan tidak melakukan sebarang jenayah malah turut memiliki lesen memandu yang sah.

“Anggota polis cuba bertanyakan alasan dia mengacukan pistol namun suspek meninggikan suara menyebabkan anggota polis terpaksa menahannya dan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk siasatan,” katanya.

Katanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 dan 13 butir peluru milik suspek.

Suspek mengaku memiliki lesen senjata api namun ia tertinggal di rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

4

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gede-bab 20-8-2014 10:30 AM
dah acu pistol kat polis...awat la abam polis tu tak bagi sedas kat paha ke kepala ke....
Quote tumpanglalu74 20-8-2014 10:33 AM
Apek tua ka ni?

Kepong memang tempat kepongan sepets.

Quote ctaz 20-8-2014 10:37 AM
kalau kat US....
kompom ko dah mampos.....
Quote zacrin 20-8-2014 10:39 AM
gede-bab posted on 20-8-2014 10:30 AM
dah acu pistol kat polis...awat la abam polis tu tak bagi sedas kat paha ke kepala ke....

kan dah acu tu bagi je sedas baru ada akal
Quote cikmi 20-8-2014 10:39 AM
kalau x buat salah, kenapa nak lari dari polis?
Quote spiderman80 20-8-2014 10:41 AM
Biasalah samseng tahi kucing cina lahanat.
Quote crazecousa 20-8-2014 10:49 AM
kasik headshot satu kali la... baru berakal
Quote Gnot 20-8-2014 10:50 AM
suspek tu mungkin bekas tentera darat, namun beliau ada lesen senjata sah...
Quote lavasyawal 20-8-2014 10:54 AM
Gnot posted on 20-8-2014 10:50 AM
suspek tu mungkin bekas tentera darat, namun beliau ada lesen senjata sah...

Ntah2 pistol mainan anak dia...tu yg polis tak kalut nak tembak kasi mampos..



Quote abas8888 20-8-2014 10:54 AM
kenapa lari dari polis? telinga sudah pekak ke ...siren dgn lampu lip lap polis tu ko tak nampak semua sekali ke? mabuk la ni...
Quote robertocarbos 20-8-2014 11:02 AM
spiderman80 posted on 20-8-2014 02:41 AM
Biasalah samseng tahi kucing cina lahanat.

Bodoh gile ko ni, dalam artikel tu ade ke die cakap cine? tolong la jangan racist, orang bodoh xde otak macam ko ni lah yang memecahkan negara
Quote spiderman80 20-8-2014 11:04 AM
robertocarbos posted on 20-8-2014 11:02 AM
Bodoh gile ko ni, dalam artikel tu ade ke die cakap cine? tolong la jangan racist, orang bodoh xde ...

Kan Kepong tu kawasan cina bukit lahanat?  Ko usahlah nak tolong cover cina. Memang depa samseng kat area Jinjang.
Quote namirulmukminin 20-8-2014 11:09 AM
Peniaga restoran je.... await bodoh sangat nak belagak samseng dgn Pulis?
Quote gede-bab 20-8-2014 12:00 PM
spiderman80 posted on 20-8-2014 11:04 AM
Kan Kepong tu kawasan cina bukit lahanat?  Ko usahlah nak tolong cover cina. Memang depa samseng k ...

baru dapat lesen senjata api kot...tu yang tayang sakan...tak kira lah cina, melayu atau yindia...
Quote ida88 20-8-2014 12:05 PM
Die sendiri yg mengundang syak wasangka kt polis tu
Kalau die drive elok tak melulu langgar lampu merah
Takdela polis tu sukehati nk tahan die

Sendiri buat hal kendian tambah lg buat2 acu pistol
Merase la bermalam dilokap
Quote famri7 20-8-2014 12:07 PM
Contoh ummah meleis xberakal...selayaknya cash!
Quote Gnot 20-8-2014 01:32 PM
abas8888 posted on 20-8-2014 10:54 AM
kenapa lari dari polis? telinga sudah pekak ke ...siren dgn lampu lip lap polis tu ko tak nampak sem ...

mungkin dia takut tu polis palsu...

Quote rdzaccess 20-8-2014 01:42 PM
mungkin dia dah petik pemicu tetapi tak meletup ..
Quote salimrock 20-8-2014 02:49 PM
namirulmukminin posted on 20-8-2014 11:09 AM
Peniaga restoran je.... await bodoh sangat nak belagak samseng dgn Pulis?

restoran mewah barangkali...


apa2 pun apek tu patut bersyukur tak kena tembak dgn polis...

kalo polis tu jenis gabra...dah tembak sedas dah kat kepala...senang cerita..senyap terus...

kalo bg cedera je..nnti byk plak dakwa - dakwa nnti...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.076130 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top