Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan Lim Guang Eng bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST bernilai RM18 bilion.
Memetik laporan Astro Awani, Khairy menegaskan siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah penting untuk membersihkan nama kerajaan sebelum ini yang diterajui Barisan Nasional (BN). Tambah Khairy, siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak memadai kerana dakwaan berkenaan sangat serius. Khairy berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam. "Kita tidak mahu persepsi bahawa BN telah merompak duit rakyat untuk terus tersebar." "Kebenaran harus ditegakkan supaya rakyat tahu sebenarnya apa yang berlaku." Rabu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan sejumlah RM18 bilion pengembalian cukai GST didakwa telah 'hilang' di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini. Menurutnya, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing. Pendedahan itu dibuat ketika sesi membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat.- CARI |
16
Bagus |
31
Marah |
32
Terkejut |
30
Sedih |
21
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 9-8-2018 01:25 PM
Heshe kena bogel kau2 dgn lge mggu ni sah2 blakon kisah kan??nk cuci tahik kering yang lepas..
sub5zero replied at 9-8-2018 03:42 PM
Habis lah jibbun, aritu musuh politik yg saman skg geng dlm selimut pun nk saman.....cukur habis bul ...
ADVERTISEMENT