CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terus Main Sentimen Perkauman, UMNO Akan Hancur- KJ

13-7-2018 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4955| Komen: 49

"Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'."

Memetik laporan Malaysiakini, demikian amaran yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitternya semalam. 


sumber : carian internet

Bekas Pemuda UMNO itu turut rasa resah UMNO yang ada sekarang masih pekak terhadap suara rakyat walaupun sudah mengalami kekalahan yang paling teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat."

"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya." 


Tegas beliau, parti UMNO kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil "jalan tengah".

"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuk survive."


sumber : https://twitter.com/Khairykj

Sementara itu, apabila ditanya samada akan keluar dari UMNO sepertimana yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO yang lain akibat tidak sependapat dengan kepimpinan yang baru sekarang ini.

Beliau menafikan dan percaya parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

"Saya masih tetap bersama Umno...Cuma saya nak perbetulkan rumah saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya."- CARI
15

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 13-7-2018 09:18 AM
sudah lah KJ..umno menang pun pasal melayu....sepatutnya kenapa tanya kenapa MCA gagal???
Quote jalfa 13-7-2018 09:18 AM
Ye la tu...dulu masa najib ko angguk annguk jer..sejak kalah ni je nampak cerdik sikit..jgnlah kecik hati tak dipilih jadi presiden..jadilah setiausaha agung umno tu...hahah boleh pecat ahli sesuka hati macam ku nan
Quote EvieWanKenobi 13-7-2018 09:20 AM
bagus KJ.. loud & clear..
Quote ra5101 13-7-2018 09:24 AM
KJ...KJ.... ko pun baru skrg nak bersuara.  Sebelum ni diam jer..
Quote balakkampung 13-7-2018 09:30 AM
bagus KJ..sekurang kurangnya dia sedar dan ada semangat nak perjuangkan UMNO dgn cara yg baru...walau terlewat bersuara...tapi better late then never...
Quote zulka 13-7-2018 10:15 AM
org2 macmni memang diperlukan, supaya org2 atas tidak alpa dan leka
Quote nolya 13-7-2018 10:47 AM
Simunggu replied at 13-7-2018 09:18 AM
sudah lah KJ..umno menang pun pasal melayu....sepatutnya kenapa tanya kenapa MCA gagal???

Umno menang pasal melayu?  Yes, at one time, ttpi hari ini umno kalah kerana melayu.  U nak nafikan? Bila cakap pasal umno talk about melayu.  Bila u cakap bn baru boleh sentuh mca or other components dlm prti. Bijak sikitlah ooii....
Quote nikaido 13-7-2018 10:53 AM
nolya replied at 13-7-2018 10:47 AM
Umno menang pasal melayu?  Yes, at one time, ttpi hari ini umno kalah kerana melayu.  U nak nafika ...

Actually dlm pru14 most melayu still vote umno & pas. pH menang sb non muslim
Quote grouper 13-7-2018 10:55 AM
Kairy ni x join unit komunikasi strategik umno ke... sape yg join unit tu tobby ke?
Quote nolya 13-7-2018 10:57 AM
ra5101 replied at 13-7-2018 09:24 AM
KJ...KJ.... ko pun baru skrg nak bersuara.  Sebelum ni diam jer..

Manusia berubah, manusia boleh bangkit drp keasyikan dn kealpaan. Bila umno kalah baru ada kejutan kalau selama itu hanya yes man to mr. president. Bila manusia ingin berubah, hargailah dan beri sokongan untuk menyusur di jalan yg boleh membawa kebaikan. Memang tak mudah bagaikan membalik tapak tangan, tetapi selagi melayu tak mau sedar, selama suka memperli, mencemuh selama itulah pada masa/zaman mendatang melayu akan kekal pada tahap 'low class'.  Sorry bro or sis.... Allah tak akan mengubah nasib seseorang selagi orang itu tak ingin mengubah nasibnya sendiri. Tak perlu jadi melayu baru tetapi jadilah melayu yg berfikiran baru.
Quote Kenjiyan 13-7-2018 10:59 AM
Tak perlu dah nk wujudkn PH 2.0 semata2 nak dapt undi.. orang melayu tak nak PH2.0,kedaulatan sultan dan menjaga hak2 org melayu tu lebih utama.. buat mcm PH pn ingt ada ke cina india nk undi UMNO?
Quote tanakkampung1x 13-7-2018 11:01 AM
nikaido replied at 13-7-2018 10:53 AM
Actually dlm pru14 most melayu still vote umno & pas. pH menang sb non muslim

Kalau non muslim sahaja, PH tak akan menang.

Ada juga sokongan Melayu
Quote ra5101 13-7-2018 11:02 AM
PH menang sbb pengundi PAS n UMNO beralih arah walaupun sikit tp kesannya besar. Golongan inilah yg minta manifesto dilaksanakan. Kalau diorang Uturn balik pada PRU15, Malaysia akan pecah jadi pelbagai blok pemerintahan sehingga susah nak wujud kerajaan persekutuan.
Quote tanakkampung1x 13-7-2018 11:02 AM
Simunggu replied at 13-7-2018 09:18 AM
sudah lah KJ..umno menang pun pasal melayu....sepatutnya kenapa tanya kenapa MCA gagal???

MCA gagal kerana bertalibarut dengan UMNO

Orang cina MCA pun sedar BN hanya pentingkan Melayu

Jadi sokongan mereka beralih kepada PH


Quote badaksumbu 13-7-2018 11:15 AM
bekas ketua PEMUDA umno ni buat2 buta je saluran berapa yg byk sumbangkan vote utk ph.

sekarang ni harapkan umno je la yg berbunyi. nak harap parti melayu dgn Islam dlm ph tu? mcm diam take berkutik

join je la ph habis cerita. dah kalah tu kalah la
Quote misscendol 13-7-2018 11:15 AM
WIN HABES AYAT KJ. SERIOUS APA YG DIE CKAP TU BETOL. HOPEFULLY KAK LONG KALAU BACA NI XSENTAP AND POST KAT IG
Quote totokreturn 13-7-2018 11:35 AM
Sebenarnya.. Masa pemilih arituh... Ph takut kalau khairy menang presiden... Mmg sepenggal laa ph jawabnya... Tapi syukur tak terhingga macai umno akalnya tetap bodoh gi pilih mat indon oendatang jadi presiden... Lega snga
at2
Quote nolya 13-7-2018 11:41 AM
nikaido replied at 13-7-2018 10:53 AM
Actually dlm pru14 most melayu still vote umno & pas. pH menang sb non muslim

Undi non-muslim tak dinafikan sbg salah satu faktor yg memberi kemenangan kpd PH.  Sebelumnya, non-muslim pun tak mungkin or memang tak minat pun nak undi umno (I guess much).  Undi melayu tetap berpihak kpd umno. That why cakap2 umno tetap akan menang walaupun atas kemenangan tipis dipegang sbg keyakinan spt sebelumnya. Namun keputusan pru14 lalu, nyata undi orang melayu tak memihak kpd umno lagi.  Why?... dgn mcm2 masalah penyelewengan 1MDB, gst, Felda dll., lagak dn kesombongan pemimpin2 tertinggi umno, ketidakadilan yg diberikan kpd mereka yg salah (contoh Isa Samad) dan keceluparan kalimat drp Nazri Aziz (mencabar, menempelak PM), Wak Zahid (mengejek asal usul keturunan Tun M) dn DSN Najib sendiri perli Tun M membuka mata hati orang2 melayu menilai sikap pemimpin umno yg ada. Kerana dah lama menerajui kerajaan mereka lupa kalau segala cakap, tingkah dn langkah mereka menjadi sorotan dan nilai masyarakat, orang melayu khususnya dan kaum lain amnya.  That's why bn turut kecundang sama. Itulah realitinya sekarang. Rakyat sudah memilih: buruk dn baiknya, bahagia ataupun kecewa kita harungi bersama. Pada segala kata dn janji, ianya dituntut supaya dikota dn ditepati.  Rakyat akan terus menghujat selagi belum tercapai hasrat. Ahirnya rakyat akan mengundi lagi pada pru15 nanti.  
Quote nolya 13-7-2018 11:48 AM
totokreturn replied at 13-7-2018 11:35 AM
Sebenarnya.. Masa pemilih arituh... Ph takut kalau khairy menang presiden... Mmg sepenggal laa ph ja ...

Sptnya bila Zahid menang as Presiden UMNO ianya bagaikan satu rahmat kpd PH. We rakyat pun tau his (Zahid) colour ttpi dah orang umno yg pilih, others have no say. Nak jadi ketua pembangkan pun masih nak pass on the baton. Kenapa? takut?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.122470 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top