CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Didakwa Terima RM42 Juta Hasil Wang Haram

8-8-2018 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2081| Komen: 10

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya hasil aktiviti penggubahan wang haram.



Foto: Reuter

Memetik BH Online, wang berkenaan dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 yang mempertuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Najib juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan Najib direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 1 bagi diambil pengakuan.

Najib sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - CARI
9

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sinalegna 8-8-2018 12:00 PM
Dah boleh standby tabung
Quote kelana36 8-8-2018 12:03 PM
semoga macai yang selalu tanya 'bila nak dakwa?' sudah boleh berlapang dada...
Quote insulin 8-8-2018 12:06 PM
Hmmmm.
Quote gujiwa 8-8-2018 01:07 PM
baik la...
Quote cik_chili 8-8-2018 01:29 PM
kelana36 replied at 8-8-2018 12:03 PM
semoga macai yang selalu tanya 'bila nak dakwa?' sudah boleh berlapang dada...

Ye...doa mrk sudah dijawab..

#rapatkansaf
#berlapangdada
Quote jcopy 8-8-2018 01:31 PM
ada size lain tak?



Quote noell 8-8-2018 01:49 PM
#percumanajib
#percumanajib
#percumanajib
#percumanajib
#percumanajib
Quote pyropura 8-8-2018 01:51 PM
42juta tu celah spenda najip je tuuww
Quote pyropura 8-8-2018 01:52 PM
noell replied at 8-8-2018 01:49 PM
#percumanajib
#percumanajib
#percumanajib

#tabungnajib
#tabungnajib
#tabungnajib
Quote missbelladania 8-8-2018 01:52 PM
hari ni takde live update pun

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.163328 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top