Kisah perbicaraan kes cerai di antara pasangan pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt semakin memanas. Belum selesai ugutan peguam Angelina, Laura Wasser untuk menarik diri susulan karenah anak guamnya itu, Angelina sekali lagi mengeluarkan kenyataan panas buat bekas suaminya.
Menurut Angelina, Brad tidak membayar sebarang wang perbelanjaan untuk anak-anaknya sejak mereka berpisah. 'Ada pun hanya seciput (not meaningful)' tambahnya.
Sebelum ini, peguam Angelina mengugut untuk menarik diri daripada perbicaraan kes cerai dua pelakon ternama ini berikutan sikap berangnya yang tidak sabar untuk menyelesaikan perbicaraan perceraian meraka.
Menurut TMZ.com, Angelina sangat berang dengan kelewatan mahkamah mencari penyelesaian. Seboleh-bolehnya beliau tidak setuju dengan cadangan peguam untuk berkongsi hak penjagaan dengan Brad. Angie mengugut akan menukar peguam jika permintaanya itu tidak dipenuhi. Sekali lagi Angie membuat tuduhan bahawa Brad Pitt tidak membayar sebarang kos perbelanjaan anak-anak mereka sejak berpisah hampir dua tahun lepas. Walaupun tidak ada sebarang perjanjian formal, Angelina berpendapat Brad perlu mengeluarkan perbelanjaan sedikit sebanyak kerana mereka berdua mempunyai pendapatan yang lumayan. Brad dan Angie mempunyai 6 orang anak; Maddox, Pax, Zahara, Knox, Vivianne dan Shiloh. Mereka berpisah selepas 10 tahun berkenalan dan 2 tahun perkahwinan. -CARI |
40
Bagus |
36
Marah |
51
Terkejut |
44
Sedih |
31
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 8-8-2018 01:30 PM
Tak sangka Brad Pitt kedekut macam ini
Dulu beriya nak anak banyak
amon_79 replied at 9-8-2018 03:00 PM
Smlm baca kat yahoo news...suka bc tang komen netizan US... 'not meaningful' tu bkn maksud brad pitt ...
ADVERTISEMENT