CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suka Dengan Watak Mail Dalam Upin & Ipin, Adik Ini Dipuji Buat Bisnes Air Kotak..

7-8-2018 11:47 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4557| Komen: 15|Original author: Oleh: Whitney

Description: Cerita berbentuk animasi dan kartun sememangnya menjadi kegemaran kanak- kanak. Ini kerana, cerita kartun mempunyai animasi yang menarik, berwarna-warni, suara dan bunyi yang boleh menarik perhatian d ...


Cerita berbentuk animasi dan kartun sememangnya menjadi kegemaran kanak- kanak. Ini kerana, cerita kartun mempunyai animasi yang menarik, berwarna-warni, suara dan bunyi yang boleh menarik perhatian dan jalan ceritanya adalah pada tahap imaginasi dan pemikiran kanak-kanak. 

Antara cerita berbentuk animasi yang menjadi kegemaran kanak-kanak ialah Upin dan Ipin. Walaupun ada ibu bapa yang mengkritik watak kartun dalam cerita tersebut tidak bagus untuk tontonan anak-anak mereka tetapi dalam masa yang sama ia tetap mempunyai nilai moral yang boleh diterapkan dalam kehidupan anak-anak. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status dan gambar anak lelakinya yang berumur tujuh tahun sedang menjual air kotak di sebuah padang permainan. Anaknya yang bernama Ferris itu terpengaruh dengan watak Mail di dalam cerita Upin dan Upin yang suka berniaga. Menariknya, dia berjaya menjual sebanyak 20 kotak air kotak dan ia pasti membuatkan dia gembira.




Netizen puji comel dan bijak!
Ramai netizen yang memuji kanak-kanak ini yang dilihat pandai berdikari dan bijak. Di saat kanak-kanak lain sedang bermain, dia mengambil peluang untuk mencari duit poket. Netizen masing-masing mendoakan agar dia berjaya dalam hidup apabila besar nanti.

Bagus cara bapa didik anak kecil berniaga
Tidak terkecuali, netizen turut memuji tindakan bapa kanak-kanak ini yang pandai mendidik anaknya. Apa yang ditonton oleh anaknya di televisyen dipraktikkan agar anaknya merasai sendiri pengalaman berniaga seperti watak Mail yang sangat disukainya itu.


Jual harga RM2 seringgit ke?

Lucunya, rata-rata netizen tertanya-tanya adalah air kotak yang dijual itu mengikut harga Mail di dalam cerita Upin dan Ipin? 


Walau bagaimanapun, cerita kartun dan animasi yang ditonton oleh anak-anak ada kesan baik dan buruknya. Tetapi, lebih baik jika ibu bapa turut berada di samping anak-anak agar dapat memberitahu nilai yang baik atau sebaliknya. Setuju tak? - CARI 

25

Bagus
28

Marah
28

Terkejut
39

Sedih
35

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-8-2018 11:54 AM
Ferris wheel..

Bagus la.adek ferrrisss..
Kecik.kecik dh minat niaga...
Quote kucingitam 7-8-2018 12:03 PM
bagus...aku lagi suka anak aku tgk upin2 dr boboboi..
Quote cmf_premierleag 7-8-2018 12:09 PM
bagus budak ni
kalo akak jmpe , komfem akak akan beli air kotak tu dik
Quote greantea 7-8-2018 12:19 PM
pasni ramai ler budak kecik jual air kotak
Quote chinta89 7-8-2018 12:20 PM
"dua.. singgit"
Quote Nurul8001 7-8-2018 01:09 PM
chinta89 replied at 7-8-2018 12:20 PM
"dua.. singgit"

Kalau jual harga ni..jualan cepat habis, tapi untungnya tak tau nak kira..hahahhaha

Takpe, untung di akhirat kelak..pahala sedeqah
Quote palmolive 7-8-2018 01:44 PM
adik ni mesti ada muzik latar mcm mail jugak
Quote Artemesiaa 7-8-2018 02:01 PM
Bagus ler dari leka bermain layan CC ke hapa lebih baik niaga air cam tu
Quote Foxey 7-8-2018 05:04 PM
tetiba lak rasa miss tgk cite upin ipin...
fave dulu tu
Quote matkpop 7-8-2018 07:27 PM
layan jugak upin ipin ni dedulu. tahniah dik.
Quote awanearisu 7-8-2018 08:34 PM
Moga adik ini jadi usahawan yang berjaya
Quote zaliza 24-10-2018 04:33 PM
bagus adik nih... usaha tangga kejayaan.. nak untung besar bermula dari untung kecil dulu..
takpe..slow2 dik.. nica dah nih..kan
Quote zaliza 24-10-2018 04:34 PM
opsss...comel rambut tu.. sebijik kartun Mail (upin ipin)
Quote wirazam 24-10-2018 08:59 PM
bagus...mula meniaga sejak kecik
Quote Bilissey 25-10-2018 08:25 AM
Muka pun ala2 Mail dik..comell..
Semoga adik berjaya menjadi usahawan yg berjaya satu hari nanti

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045621 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top