CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azmin Dedahkan Banyak Pelaburan Khazanah Rugi Besar Akibat Salah Keputusan

2-8-2018 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8617| Komen: 60


“Saya ada beberapa contoh yang menuntut kita melihat semula peranan syarikat ini, iaitu Khazanah sebelum ini melabur hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat borong atas talian yang menjual baju dalam wanita dan akhirnya pelaburan ini terpaksa dihapus kira."


Memetik laporan Bernama, demikian pendedahan Datuk Seri Azmin Ali ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.


Kredit foto: FMT

Namun Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menjelaskan pelaburan itu hanya merupakan jumlah kerugian yang paling kecil ditanggung Khazanah.

Tambahnya, selain itu terdapat juga pelaburan yang dibuat melalui ekuiti swasta untuk mengambil alih sebuah bank tanpa berbincang terus dengan pihak bank terbabit, akibatnya terpaksa juga dihapus kira sebanyak RM3 bilion.


Tegas Datuk Seri Azmin, khazanah perlu kembali kepada landasan asal bagi memastikan aset strategik negara diuruskan dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) yang mempersoalkan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mendakwa Khazanah menyimpang daripada landasan asal, sedangkan aset syarikat itu melonjak daripada RM33 bilion kepada RM134.5 bilion dalam 10 tahun lalu.- CARI
28

Bagus
54

Marah
26

Terkejut
40

Sedih
41

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (228 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 1-8-2018 03:00 PM
"Khazanah had invested in the online business, involving bras and lingerie.
"The business eventually failed and the losses had to be written off," he said during his ministerial reply on the motion of thanks of the royal address in Parliament on Wednesday (Aug 1).
online biznes untuk oreng suri rumah...cari side income...itu pooong nak sapu
Quote xy_daen 1-8-2018 03:00 PM
Motif banyak2 business industry lingerie gak ko nak invest..
Quote jcopy 1-8-2018 03:03 PM
anak sedara dia yg untung juta juta bisnis pasir

Quote xy_daen 1-8-2018 03:03 PM
Industry automotive x boleh...industry lingerie no hal...kita mahu melahirkan generasi yang berkepakaran tinggi dalam industry lingerie...
Quote sharlenetexas 1-8-2018 03:04 PM
Al-Patih replied at 1-8-2018 03:00 PM
online biznes untuk oreng suri rumah...cari side income...itu pooong nak sapu

Brand apa tu?
Quote kecimpret 1-8-2018 03:06 PM
Takpe laaa rugi 3 billion ka niaga bra ka..yg penting jgn kasi tun m jd chairman nnt khazanah disonglap - macai & lobai

Quote Al-Patih 1-8-2018 03:08 PM

dah outdated...tapi dengar semua size XXXL....
Quote axl_bach 1-8-2018 03:09 PM
kecimpret replied at 1-8-2018 03:06 PM
Takpe laaa rugi 3 billion ka niaga bra ka..yg penting jgn kasi tun m jd chairman nnt khazanah disong ...

Isu tu dibangkitkan sbb mmg ada dlm manifesto PH xnk org politik dlm pentadbiran kan....ke guaner der?
Quote gujiwa 1-8-2018 03:12 PM
yang menguntungkan azmin ada ckp tak?? ke dia tkmo bagi kredit juga?
Quote kecimpret 1-8-2018 03:14 PM
axl_bach replied at 1-8-2018 03:09 PM
Isu tu dibangkitkan sbb mmg ada dlm manifesto PH xnk org politik dlm pentadbiran kan....ke guaner  ...

Dlm manifesto tiada org politik dlm GLC ..khazanah bkn GLC
Quote FMKiller 1-8-2018 03:14 PM
Biasa la nama pon investment. Ada untung, ada rugi. Cari la mana2 investment company yang boleh jamin 100% untung? tak kan jumpa punya kat dunia ni.

Khazanah tahun 2007 rm33b je profit. dalam 10 tahun jadi rm117b profit. kalau khazanah tak buat duit, macam mana nak safe keep national asset? pakai air liur? ka sedut dari kerajaan?
Quote foxs 1-8-2018 03:15 PM
Model lingerie dia LosMah ke?
Quote leylapple 1-8-2018 03:17 PM
khazanah nie under najib byk invest kat kompeni yang tak wujud...

segala kerugian semua di write off. bila diambik alih oleh kerajaan baru, semua kena reveal. itu yang dikatakan rugi under PH, sedangkan kerugian tu dah lama...

Ufun anak najib nie khazanah jugak yang sponsor kan?

anak pompuan najib serta menantu yang keja under MOF tu apa cerita?
Quote Maideen. 1-8-2018 03:21 PM
Macamana nak jadi tuan? Juai bra dan spendar pon rugi Rm80 juta......hahahahahahaha

Quote Modngengade 1-8-2018 03:30 PM
KUALA LUMPUR - Menyimpang daripada tujuan asal antara faktor mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melihat semula peranan yang dimainkan Khazanah Nasional Berhad.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa perkara yang berlaku sejak tahun lalu telah menuntut kerajaan hari ini meletakkan semula syarikat tersebut di landasan yang ditetapkan.

“Saya ada beberapa contoh yang menuntut kita untuk melihat semula peranan syarikat ini iaitu Khazanah sebelum ini telah melabur sebanyak hampir ASD20 juta melalui sebuah syarikat borong atas talian yang menjual baju dalam wanita dan akhirnya pelaburan ini terpaksa dihapus kira. Ini yang paling kecil berlaku.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui ekuiti swasta untuk mengambil alih sebuah bank. Oleh kerana perbincangan itu tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan tapi melalui ekuiti swasta tersebut, sekali lagi pelaburan itu terpaksa dihapus kira sebanyak RM3 bilion,” katanya ketika ucapan ke atas Perbahasan Titah Diraja, di Parlimen, hari ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan ahli

Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertikaikan bahawa Khazanah telah menyimpang daripada landasan asal sedangkan dalam tempoh 10 tahun, aset syarikat tersebut telah melonjak dari RM30 bilion kepada RM134.5 bilion.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khazanah kena kembali kepada peranan asal: PM]

Mohamed Azmin berkata, Khazanah perlu kembali kepada landasan asal bagi memastikan aset-aset strategi negara yang telah diletakkan dan diamanahkan kepada syarikat itu dapat diuruskan dengan bertanggungjawab.

“Saya tidak mahu pergi lebih daripada contoh-contoh tersebut, tapi saya bersetuju supaya Khazanah kembali kepada landasan asal.

“Perinciannya daripada contoh-contoh itu kita boleh berikan dalam masa terdekat sebaik pengerusi baharu ambil alih syarikat tersebut,” katanya.
Quote cik_chili 1-8-2018 03:41 PM
Al-Patih replied at 1-8-2018 03:08 PM
dah outdated...tapi dengar semua size XXXL....

Saiz xxxL pun manusia gak...ko dah knapa...
Quote cik_chili 1-8-2018 03:43 PM
leylapple replied at 1-8-2018 03:17 PM
khazanah nie under najib byk invest kat kompeni yang tak wujud...

segala kerugian semua di write  ...

Ufun? Apa tu..
Quote EJALTI 1-8-2018 03:47 PM
Khazanah rugi RM80 juta jual baju dalam, coli

https://www.malaysiakini.com/news/436896



PARLIMEN l Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengketengahkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional yang bernilai AS$20 juta (RM80 juta) sebagai contoh selepas Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) mempertikaikan dakwaan bahawa syarikat kerajaan itu tersasar daripada objektifnya.

Najib yang mencelah Azmin semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, menyoal mengenai dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Khazanah telah menyimpang daripada terasnya.

“Dalam tempoh 10 tahun, aset khazanah telah melonjak RM33 bilion kepada RM134.5 bilion, maknannya dari segi wealth creation dalam 10 tahun, Khazanah telah berjaya.

“Saya bukan nak pertahankan waktu saya jadi pengerusi Khazanah tapi saya nak minta penjelasan di manakah agaknnya yang dikatakan Khazanah telah lari, deviatate dari tujuan objetif asalnya. Saya nak minta penjelasan,” kata Najib.

Menjawab soalan itu, Azmin merujuk kepada pelaburan Khazanah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur sebanyak hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat online retalier yang menjual loungeries, baju dalam, bras (coli)... akhirnya pelaburan ini terpaksa diwrite-off atau dihapus-kira.

“Ini yang paling kecil yang berlaku,” katanya.

Lupus hutang pelaburan RM3 bilion

Contoh lebih serius, kata Azmin apabila Khazanah terpaksa melupus kira-kira RM3 bilion pelaburannya.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui private equity untuk ambil alih sebuah bank yang akhrinya kerana perbincangan itu tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan tetapi melalui private equity.

“Ia terpaksa write off sebanyak RM3 bilion. Perkara-perkara ini menuntut kerajaan baru ini untuk meletakkan semula Khazanah di atas landasan ditetapkan,” katanya.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa Khazanah, bersama dua rakan lain, ingin memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank UBS, Switzerland. Pelaburan itu dilakukan melalui kumpulan ekuiti swasta Olivant.

Bagaimanapun, Bank Lehman Brothers di Amerika Syarikat yang memegang akaun pelaburan itu, kemudian menjadi muflis dan ini menyebabkan Khazanah kehilangan RM3 bilion. Ia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada jumlah berkenaan, kemudiannya.

Pelaburan baik Khazanah

Menjawab Azmin, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Jeli) berkata, ada kalanya, pelaburan Khazanah tidak menjadi tetapi perlu diakui bahawa terdapat juga keputusan pelaburan yang baik.


“Kita kena beri penghargaan macam pelaburan dalam Alibaba yang bagi keuntungan yang besar serta pelaubran dalam hospital di Turki, India, China.

“Dan sekarang ini IHH Healthcare Berhad merupakan kumpuan hospital terbesar di dunia,” katanya.

Minggu lalu, semua ahli lembaga pengarahnya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan mereka berikutan kritikan Mahathir. Kerajaan kemudian menerima pengunduran mereka itu.

Susulan itu, Mahathir mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah manakala Azmin pula sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.
Quote leylapple 1-8-2018 03:52 PM

mcm bitcoin

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.103581 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top