Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat makan dan beraneka jenis makanan tempatan mahupun antarabangsa.
Kali ini kami ketengahkan sebuah kafe yang terletak di Lebuh Campbell. Semua makanannya sedap-sedap, hiasan dalamannya juga menarik. Kalau anda nak tahu, Kim Haus sebelum ini adalah sebuah kedai emas dan kini bertukar menjadi sebuah kafe dan juga penginapan untuk para pelancong. Percayalah, Kim Haus tidak akan mengecewakan anda. Usaha pemiliknya mengekalkan daya tarikan lama yang unik wajar dihargai. Pasti akan ada menu yang menepati citarasa anda! Bagi kami, Kim Haus adalah tempat makan dan minum yang sangat popular sejak kewujudannya. Kopi yang lazat dan makanan yang enak, tempat ini tidak boleh dikecualikan jika anda ingin cafe-hopping di Pulau Pinang. Suasana di sini sungguh harmoni dengan campuran meja kayu dan reka bentuk minimalis. Kim Haus juga menawarkan persembahan secara langsung setiap malam. Sambil makan atau minum-minum, bolehlah anda menyaksikan persembahan daripada artis tempatan mahupun luar negara! Alamat: No. 9 & 11 Campbell Street Penang, Malaysia Tel: 016-3301515 Kim Haus, tunggu kehadiranku! -CARI
|
16
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT