View: 2954|Reply: 2
|
Kalau Haus, Singgah Di Kim Haus Penang! Makan Sedap, Tempat Pun Cantik
[Copy link]
|
|
Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat makan dan beraneka jenis makanan tempatan mahupun antarabangsa.
Kali ini kami ketengahkan sebuah kafe yang terletak di Lebuh Campbell. Semua makanannya sedap-sedap, hiasan dalamannya juga menarik.
Foto: Facebook
Kalau anda nak tahu, Kim Haus sebelum ini adalah sebuah kedai emas dan kini bertukar menjadi sebuah kafe dan juga penginapan untuk para pelancong.
Foto: Facebook
Percayalah, Kim Haus tidak akan mengecewakan anda.
Usaha pemiliknya mengekalkan daya tarikan lama yang unik wajar dihargai.
Foto: Facebook
Pasti akan ada menu yang menepati citarasa anda! Bagi kami, Kim Haus adalah tempat makan dan minum yang sangat popular sejak kewujudannya.
Kopi yang lazat dan makanan yang enak, tempat ini tidak boleh dikecualikan jika anda ingin cafe-hopping di Pulau Pinang. Suasana di sini sungguh harmoni dengan campuran meja kayu dan reka bentuk minimalis.
Foto: Facebook
Kim Haus juga menawarkan persembahan secara langsung setiap malam.
Sambil makan atau minum-minum, bolehlah anda menyaksikan persembahan daripada artis tempatan mahupun luar negara!
Foto: Facebook
Alamat: No. 9 & 11 Campbell Street Penang, Malaysia
Tel: 016-3301515
Kim Haus, tunggu kehadiranku! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gonna add to my wish list |
|
|
|
|
|
|
| |
|