Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan desas-desus kononnya penarikan diri jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China disebabkan akaun banknya dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Mana ada. Itu fitnah, ada ke yang cakap? Saya jumpa dia di rumahnya pagi Selasa lalu dan dia memang ada masalah pernafasan.” “Tak perlu kita melemparkan fitnah kepada atlet. Perbezaan ideologi politik tidak bermakna jasa seseorang atlet (termasuk Chong Wei) dilupakan. “Ada ke yang cakap (mengenai isu berkenaan) tak fikir ke? Kesian kalau orang cakap macam itu agak-agaklah dan bagaimana keluarganya tahu (mengenai fitnah itu). “Dia sakit, ada pula kaitkan dengan 1MDB. Kalau saya tahu, saya akan bagi jawapan tapi ini bukan (hanya fitnah),” katanya. Harian Metro melaporkan, sebelum ini Chong Wei menyatakan yang dia terpaksa berehat selama sebulan dan mengesahkan tidak akan beraksi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia 2018 berikutan mengalami masalah pernafasan. Difahamkan beliau kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Taiwan. Tambah Syed Saddiq, beliau berharap agar Chong Wei dan keluarga dapat bersabar dan mendoakannya agar kembali pulih secepat mungkin. -CARI
|
26
Bagus |
15
Marah |
33
Terkejut |
27
Sedih |
31
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT