CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati Terima Orang Umno Dalam PPBM - Pemimpin PH

30-7-2018 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1375| Komen: 1

Description: Pengumuman timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM , Datuk Seri Mukhriz Mahathir segera menimbulkan kebimbangan di kalangan beberapa pemimpin parti komponen Pakatan Harapan.


"Tiada lagi sekatan kepada mana-mana ahli daripada parti lain untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM."


Demikian yang diumumkan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM , Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika berucap di Program Hijrah 2.0 di Machang, Kelantan semalam. 

Namun pengumuman itu segera menimbulkan kebimbangan di kalangan beberapa pemimpin parti komponen Pakatan Harapan.


Foto Kredit : Berita Harian

Memetik laporan Free Malaysia Today, antaranya Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago berkata sewaktu Tun Mahathir masih berkuasa, semua ahli PPBM akan mendengar cakapnya. 

“Akan tetapi mereka harus berfikir tentang keadaan selepas ketiadaan Dr Mahathir. Sekiranya terlalu ramai Ahli Parlimen Umno menyertai PPBM, maka parti itu boleh berubah menjadi Umno versi baru."

Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad turut memberi nasihat bahawa langkah menerima bekas ahli parti lawan bukan masalah, tetapi menggesa PPBM bersikap “berhati-hati” terhadap sebilangan bekas pemimpin Umno dalam kalangan mereka.

“Mereka yang mempunyai rekod buruk perlu mendapat pelepasan terlebih dahulu sebelum diterima sebagai ahli,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Manakala naib presiden Parti Keadilan Rakyat, PKR, Rafizi Ramli berkata, lebih penting kemasukan beramai-ramai bekas ahli parti lawan ke dalam parti PPBM tidak harus mengubah komitmen perjuangan parti itu.

Sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz menerima kemasukan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail bersama 500 ahli UMNO dengan menyerahkan deklarasi Hijrah 2.0.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Mukhriz menegaskan, sesiapa sahaja kini boleh mengisi borang keahlian PPBM dan tidak perlu menunggu lama untuk disahkan sebagai ahli.

"Sekarang kita tak payah idah lagi, kita buka seluas-luasnya. Tak perlu lagi menunggu sehingga dua tiga bulan, ini kerana kita sedar matlamat kita sama, perjuangan kita sama."- CARI



15

Bagus
31

Marah
32

Terkejut
30

Sedih
22

Lawak
46

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote am2020 30-10-2018 01:29 PM
Bukan org bersatu ngan pkr byk bekas org umngok ker...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045894 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top