CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenaikan Bahan Api Tidak Jejaskan Harga Ayam

9-9-2013 03:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6992| Komen: 109


Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Kenaikan bahan api yang diumumkan kerajaan pada 4 September lalu tidak menjejaskan harga ayam di beberapa pasar basah utama di ibu negara.
Tinjauan Kosmo! di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Selangor mendapati, rata-rata peniaga masih mengekalkan harga di bawah harga syiling yang ditetapkan oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK).

Selain itu, mereka juga mengikut arahan KPDNKK dengan  meletakkan tanda harga di setiap gerai jualan masing-ma sing.
Seorang peniaga ayam, Arbain Rawi, 52, berkata, setakat ini pembekal dan penternak ayam masih belum menaikkan harga ayam.

"Kami sebagai peniaga sememangnya bergantung kepada pembekal dan sehingga kini mereka (pembekal) masih lagi  belum menaikkan harga ayam.
"Seluruh peniaga ayam di kawasan ini rata-rata mengikut  kadar harga syiling ayam yang ditetapkan oleh KPDNKK  sebanyak RM7.50 untuk ayam standard,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.


Namun Arbain memberitahu, dia tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat kenaikan harga ayam disebabkan  kos pengangkutan yang meningkat.
Kesan kenaikan harga minyak terhadap harga ayam  masih belum kelihatan namun di masa akan datang mungkin akan ada kenaikan harga," ujarnya. Jumaat lalu Kosmo! melaporkan mengenai beberapa peniaga ayam di Pasar Chow Kit didapati telah menaikkan  harga jualan ayam antara 30 sen hingga 90 sen sejak Selasa lalu dengan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan ekoran kos penghantaran yang meningkat.

Bagi Faizal, 29, pula berkata, harga ayam sekarang masih  kekal antara sekitar RM7.00 hingga RM8.00 sejak lepas  musim perayaan lagi.
Katanya, walaupun diumumkan kenaikan harga petrol baru-baru ini, ia belum lagi menampakkan kenaikan harga ayam.
"Dalam seminggu dua ini, harga ayam tidak banyak  berubah.

Bagaimanapun, saya tidak pasti pada bulan yang seterusnya sama ada harga ayam akan meningkat ber banding harga sekarang," katanya.
Sementara itu, harga ikan seperti ikan kembung, selar,  cencaru dan selayang juga didapati dalam lingkungan harga  biasa pasaran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 9-9-2013 11:23 AM
ye ye je rm7.50.....masa depa wat pemeriksaan mmg rm7.50.....cuba pi place lain tengok..dapat ke kekalkan rm7.50 sekilo?.....hehehehehee
Quote namirulmukminin 9-9-2013 11:28 AM
Namun Arbain memberitahu, dia tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat kenaikan harga ayam disebabkan  kos pengangkutan yang meningkat.

Hmmmm.... baru lagi ni kalu nak nilai kesannya sekarang... sminggu dua lagi kita tengok la....
Quote chaintea 9-9-2013 11:29 AM
bohong!!

setapak jaya rege ayam RM8.00/kilo

Quote cak! 9-9-2013 11:30 AM
kat giant smlm 6.90 sekilo
Quote PostBanhammer 9-9-2013 11:30 AM
Alamak bohong ke?
Quote mehmet 9-9-2013 11:36 AM
ayam china ,ayam vietnam naik harga tak?
Quote azeotrop2012 9-9-2013 11:42 AM
lori yg dok angkut ayam g pasar borong skang suma dah tukar pakai enjin arang batu, tu sebab tak terjejas..ish korang ni
Quote kikuri 9-9-2013 11:53 AM
arini tak pegi beli ayam lg...tp aritu ayam kat kuantan 8.60 sekilo...guane tu
Quote kecimpret 9-9-2013 12:01 PM
"Dalam seminggu dua ini, harga ayam tidak banyak  berubah.
Bagaimanapun, saya tidak pasti pada bulan yang seterusnya sama ada harga ayam akan meningkat ber banding harga sekarang," katanya.



Quote airiscomei 9-9-2013 12:03 PM
kat sungai mati muar rm 8.60 sen sekilo....pi la check
Quote funnyTONE 9-9-2013 12:05 PM
sabtu lps aku beli 8.30 ok..mggu sebelum tu baru 7.70...dia kata naik ari isnin..org pasar tu pon ckp dh byk harga sayur2 naik
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:07 PM
pasni poplar plak la tanaman hidroponik
kena start import dari china neh
Quote shiro82 9-9-2013 12:09 PM
harga ayam naik...itu adalah ketetapan ilahi.........
Quote AHMADVW 9-9-2013 12:09 PM
ketentuan Allah- fathul bari
Quote green~tea 9-9-2013 12:13 PM
namirulmukminin posted on 9-9-2013 11:28 AM
Hmmmm.... baru lagi ni kalu nak nilai kesannya sekarang... sminggu dua lagi kita tengok la....{:1_ ...

ngarut laa report audit tu... bukan takat rega ayam je naik, kos yuran security kat taman perumahan tea pun dah announce utk dinaikkan sbb harga minyak naik... security ronda pakai moto je kottttttttt

Quote saifulms 9-9-2013 12:28 PM
kat tmpt aku belum naik lagi, tunggu mase jek..
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:29 PM
Pasni nak makan ape lagi haa, semua ayam naik harga, ternak ayam sendiri la sib baik aku dok kat kelantan, kampung tanah luas semedang
Quote namirulmukminin 9-9-2013 12:36 PM
Nak murah hang pi la beli ayam gelek motokar....


Yang benar,

Mah bin Chai
JKKK Kampong Pisang.

Quote namirulmukminin 9-9-2013 12:39 PM
green~tea posted on 9-9-2013 12:13 PM
ngarut laa report audit tu... bukan takat rega ayam je naik, kos yuran security kat taman perumaha ...

Takpe... Malaysia masih aman... tak perlu pakai security pon takpe... Yang bising tu semua bodoh!! - Nazri Aziz POYO


Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.249294 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top