View: 6023|Reply: 109
|
[Tempatan]
Kenaikan bahan api tidak jejaskan harga ayam
[Copy link]
|
|
Kenaikan bahan api tidak jejaskan harga ayam
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Kenaikan bahan api yang diumumkan kerajaan pada 4 September lalu tidak menjejaskan harga ayam di beberapa pasar basah utama di ibu negara.
Tinjauan Kosmo! di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Selangor mendapati, rata-rata peniaga masih mengekalkan harga di bawah harga syiling yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Selain itu, mereka juga mengikut arahan KPDNKK dengan meletakkan tanda harga di setiap gerai jualan masing-ma sing.
Seorang peniaga ayam, Arbain Rawi, 52, berkata, setakat ini pembekal dan penternak ayam masih belum menaikkan harga ayam.
"Kami sebagai peniaga sememangnya bergantung kepada pembekal dan sehingga kini mereka (pembekal) masih lagi belum menaikkan harga ayam.
"Seluruh peniaga ayam di kawasan ini rata-rata mengikut kadar harga syiling ayam yang ditetapkan oleh KPDNKK sebanyak RM7.50 untuk ayam standard,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Namun Arbain memberitahu, dia tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat kenaikan harga ayam disebabkan kos pengangkutan yang meningkat.
Kesan kenaikan harga minyak terhadap harga ayam masih belum kelihatan namun di masa akan datang mungkin akan ada kenaikan harga," ujarnya. Jumaat lalu Kosmo! melaporkan mengenai beberapa peniaga ayam di Pasar Chow Kit didapati telah menaikkan harga jualan ayam antara 30 sen hingga 90 sen sejak Selasa lalu dengan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan ekoran kos penghantaran yang meningkat.
Bagi Faizal, 29, pula berkata, harga ayam sekarang masih kekal antara sekitar RM7.00 hingga RM8.00 sejak lepas musim perayaan lagi.
Katanya, walaupun diumumkan kenaikan harga petrol baru-baru ini, ia belum lagi menampakkan kenaikan harga ayam.
"Dalam seminggu dua ini, harga ayam tidak banyak berubah.
Bagaimanapun, saya tidak pasti pada bulan yang seterusnya sama ada harga ayam akan meningkat ber banding harga sekarang," katanya.
Sementara itu, harga ikan seperti ikan kembung, selar, cencaru dan selayang juga didapati dalam lingkungan harga biasa pasaran. - KOSMO!
Last edited by NIXAR on 10-9-2013 01:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ye je rm7.50.....masa depa wat pemeriksaan mmg rm7.50.....cuba pi place lain tengok..dapat ke kekalkan rm7.50 sekilo?.....hehehehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Namun Arbain memberitahu, dia tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat kenaikan harga ayam disebabkan kos pengangkutan yang meningkat.
Hmmmm.... baru lagi ni kalu nak nilai kesannya sekarang... sminggu dua lagi kita tengok la....
|
|
|
|
|
|
|
|
bohong!!
setapak jaya rege ayam RM8.00/kilo
|
|
|
|
|
|
|
|
kat giant smlm 6.90 sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
ayam china ,ayam vietnam naik harga tak? |
|
|
|
|
|
|
|
lori yg dok angkut ayam g pasar borong skang suma dah tukar pakai enjin arang batu, tu sebab tak terjejas..ish korang ni |
|
|
|
|
|
|
|
arini tak pegi beli ayam lg...tp aritu ayam kat kuantan 8.60 sekilo...guane tu |
|
|
|
|
|
|
|
"Dalam seminggu dua ini, harga ayam tidak banyak berubah.
Bagaimanapun, saya tidak pasti pada bulan yang seterusnya sama ada harga ayam akan meningkat ber banding harga sekarang," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sungai mati muar rm 8.60 sen sekilo....pi la check |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu lps aku beli 8.30 ok..mggu sebelum tu baru 7.70...dia kata naik ari isnin..org pasar tu pon ckp dh byk harga sayur2 naik |
|
|
|
|
|
|
|
pasni poplar plak la tanaman hidroponik
kena start import dari china neh |
|
|
|
|
|
|
|
harga ayam naik...itu adalah ketetapan ilahi......... |
|
|
|
|
|
|
|
ketentuan Allah- fathul bari |
|
|
|
|
|
|
|
kat tmpt aku belum naik lagi, tunggu mase jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni nak makan ape lagi haa, semua ayam naik harga, ternak ayam sendiri la sib baik aku dok kat kelantan, kampung tanah luas semedang |
|
|
|
|
|
|
| |
|