Jika dahulu, medium dakwah banyak dilakukan di masjid-masjid atau surau-surau tetapi ia dilihat tidak begitu berkesan apabila ia tidak mendapat sambutan oleh golongan anak muda. Oleh sebab itu, selari dengan kemajuan teknologi dan arus kemodenan, dakwah perlu dilakukan dengan cara yang lebih kreatif, santai dan sampai kepada semua golongan masyarakat terumanya generasi muda. Jadi, tidak hairanlah jika kini sudah banyak rancangan dakwah berbentuk realiti TV bagi menarik lebih ramai golongan anak muda mempelajari dan mendalami ilmu agama. Bagaimana pun, ada seorang pengguna twitter yang tidak bersetuju dengan rancangan dakwah berbentuk realiti tv kerana dikatakan melahirkan golongan pendakwah dan rujukan agama yang tidak berkualiti atau lebih tepat pendakwah segera. Dia telah memuat naik status tersebut di twitternya dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Ada beberapa netizen yang bersetuju dengan pandangannya. Mereka merasakan mereka yang menyertai rancangan sebegitu hanya sekadar inginkan populariti sedangkan ilmunya dangkal dan belum layak dijadikan rujukan dalam bab agama Islam. Tetapi komen mereka dikecam oleh ramai netizen yang tidak bersetuju dengan status dan pendapat netizen yang mengecam pendakwah di realiti TV. Sedangkan peserta yang terpilih adalah individu-individu yang tidak kurang hebatnya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah walaupun ilmu mereka tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurang, pendakwah realiti TV mampu mendekati golongan anak muda dan menarik minat masyarakat menonton rancangan keagamaan secara santai. Netizen turut memulangkan batu buah keras kepada mereka yang mengecam pendakwah realiti TV. Biasanya orang yang cetek ilmu atau jahil ilmu agama sahaja yang berani memberikan pendapat ‘sampah’ sebegitu. Ia adalah tanda umat akhir zaman yang mengutuk golongan agamawan yang cuba menyampaikan dakwah malah menyokong rancangan hiburan yang merosakkan jiwa dan akidah. Tepuk dada, tanya iman. Jika hendak harapkan generasi muda sekarang selalu ke masjid untuk mendengar kuliah agama, rasanya agak sukar kerana pengaruh hiburan lebih menarik minat mereka. Apa pendapat kalian? - CARI |
14
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
axl_bach: Igt dulu kes Dai Wan ngayat Ukasha Senrose....alhamdulillah berhasil, now dorg dh selamat bertunang
armin replied at 26-7-2018 12:29 AM
No respect to dai or pu ni. Asyik nak nasihat isu glamour je. Isu recycle, isu haiwan ke, takde pula ...
axl_bach replied at 26-7-2018 01:16 AM
Igt dulu kes Dai Wan ngayat Ukasha Senrose....alhamdulillah berhasil, now dorg dh selamat bertunang
ADVERTISEMENT