Raja Ampat di Indonesia menjadi idaman ramai pencinta pulau, penyelam dan penggemar snorkel. Namun akses ke pulau ini agak terhad dan mahal kosnya.
Sebagai alternatif, anda boleh ke Sulawesi kerana terdapatnya pulau mirip Raja Ampat yang juga digelar miniatur Raja Ampat oleh orang Indonesia. Konawe Utara di Sulawesi Tenggara ini terdiri daripada 5 pulau besar iaitu Labengki Besar, Labengki Kecil, Alnamira, Tukoh Kulay dan Mauang. Ia menawarkan keindahan pantai, kerjenihan laut, laguna hijau , gua, teluk, dan tak terkecuali keramahan suku Bajo yang mendiami Labengki Kecil. Berikut adalah antara tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di Labengki, Sulawesi. 1. LAGUNA MAHUMALALANG Lagun yang dikelilingi barisan batu tajam berwarna hitam dan kelabu ini mempunyai pemandangan air berwarna hijau kebiruan. Pemandangan di sini sangat Instagenik dan ada yang menggelarnya sebagai Blue Lagoon atau Green Lagoon. Untuk ke puncak ini anda perlu menaiki bot laju. Kemudian anda perlu mendaki untuk melihat lagun tersebut. Ia tidak terlalu tinggi tetapi anda harus berhati-hati kerana batunya agak tajam. 2. PANTAI PASIR PANJANG Sesuai dengan namanya pantai di sini sangat panjang dan sesuai untuk bersiar-siar. Pepohonan kelapa juga tersusun rapi di bibir pantai. Setelah turun dari bot laju, anda boleh berjalan ke arah kiri, menuju bongkahan batu besar yang cantik untuk berfoto. Di bahagian kanan pula terdapat sebuah bukit kecil yang boleh dinaiki untuk melihat pemandangan. Air lautnya tenang dan jernih, sesuai untuk berenang-renang atau menggunakan sofa air. Tak jauh dari bibir pantai juga terdapat kawasan yang sesuai untuk snorkeling. 3. JETI LABENGKI KECIL Kalau anda tidak menginap di resort-resort yang ada di Labengki Besar, pilihan lain untuk anda ialah menginap di homestay atau balai desa di Labengki Kecil. Anak-anak suku Bajo yang lincah akan menyambut anda sewaktu turun dari bot dan masuk kampung. Meskipun pantai di sekitar jeti dipenuhi rumah-rumah penduduk, airnya tetap jernih dan anda boleh melihat ikan-ikan berenang di dalamnya. 4. TELUK CINTA & KIMABOE HILLS Inilah ikon Labengki yang dinamakan miniatur Raja Empat. Mendaki hingga ke puncak Kimaboe Hills hanya mengambil masa kira-kira 5 minit. Setibanya di puncak, ada dua pemandangan yang anda boleh lihat. Di sebelah kanan dinamakan Teluk Cinta kerana bentuk gradasi air lautnya menyerupai bentuk hati. Bentuk hati tersebut lebih jelas kelihatan jika dirakamkan menggunakan drone. 5. LAGUNA POROS KAMPALI (DANAU KEMBAR) Sama seperti Laguna Mahumalalang, untuk melihat lagun ini anda perlu mendaki sekejap. Ia digelar Danau Kembar kerana jika dilihat dari atas (dengan menggunakan drone), lagun yang dipisahkan barisan batu dengan laut di sebelahnya ini seolah-olah seperti dua danau yang berdampingan atau kembar. Cara ke Labengki: Dari Malaysia, anda perlu ke kota Jakarta terlebih dahulu sebagai transit kemudian ke Kota Kendari.Labengki dapat dicapai dari Kota Kendari (ibu kota Provinsi Sulawesi Tenggara) sama ada melalui jalan darat atau laut. Ada 4 alternatif laluan yang boleh anda pilih: 1. Dari Kendari: perjalanan laut 4-5 jam 2. Dari Lasolo (Tinobu): perjalanan darat dari Kendari 2.5 jam, sambung perjalanan laut 1.5 jam 3. Dari Sawa: perjalanan darat dari Kendari 1.5 jam, sambung perjalanan laut 1.5 jam 4. Dari jeti PLTU Desa Nii Tanasa, Soropia: perjalanan darat dari Kendari 30 minit, sambung perjalanan laut 2 jam Anda boleh menginap di: Agak mahal: Kimaboe Lagoon Cottage & Villa di Labengki Besar. Ekonomi: homestay atau balai desa di Labengki Kecil. Waktu terbaik: Oktober-Mei Selamat bercuti! -CARI
|
42
Bagus |
43
Marah |
25
Terkejut |
28
Sedih |
29
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT