Seorang penumpang pesawat Wizz Air mencetuskan kekecohan apabila bertindak membuang air di atas lantai pesawat.
Memetik METRO, wanita berkenaan mendakwa dia tidak dibenarkan menggunakan bilik air ketika pesawat sedang mengisi bahan api, lalu membuang air di sebuah ruang di mana makanan disediakan. Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan wanita terbabit sedang mencangkung sambil menggunakan telefon bimbit. Difahamkan, kejadian berlaku sebelum pesawat berkenaan berlepas dari Luton, London ke Warsaw, Poland.
Menerusi video berkenaan, wanita itu didengari bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya. "Anda perlu bantu saya sebelum pesawat berlepas. Saya membuang air di atas pesawat. "Krew kabin memaklumkan bahawa saya tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas sekarang. Jadi, saya buang air di atas lantai, di hadapan mereka. "Pihak berkuasa datang kerana ini semua salah saya," katanya. Wanita itu kemudian ditegur pasangan warga British: "Adakah anda serius? Ia menjijikkan! Anda sudah dewasa!" kata mereka. Namun, tanpa rasa bersalah wanita itu berkata, dia sudah bertanya kepada krew kabin. Bagaimanapun, tidak diketahui apa yang berlaku kepada wanita terbabit selepas pihak berkuasa tiba di tempat kejadian. Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan berkenaan memberitahu Metro.co.uk bahawa kes itu dalam siasatan polis. - CARI
|
29
Bagus |
22
Marah |
30
Terkejut |
13
Sedih |
37
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mesmerize replied at 25-7-2018 11:17 AM
pundi kencing ko dah tak tertahan ke dik nak meletus..
sabar2 la kot ye pun.. tunggu 30 minit lagi ...
Madel replied at 25-7-2018 12:39 PM
Aku kalau gi mana2 naik pengangkutan awam..mmg elak dari minum air..
Sebab tak mau terkencing dlm b ...
Changa replied at 25-7-2018 04:52 AM
cekpit memang susah tahan kencing eh?
akak tahan kencing ok jah, tahan nak berak bila memerut jah ...
ADVERTISEMENT