CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abai Anak Sampai Mati, Suami Isteri Mengaku Tak Bersalah

23-7-2018 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3958| Komen: 19

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian anak lelaki mereka berusia 10 tahun.


kosmo Online melaporkan, kertas pertuduhan yang dibacakan secara bersama, Mohammad Zawawi Mohammad Jasni, 30, dan isterinya, Azreen Junysar, 29, dituduh mengabaikan Muhammad Lufthakim Abdullah, 10.

Pasangan tersebut tidak mendapatkan rawatan perubatan serta pemeliharaan mencukupi sehingga menyebabkan kecederaan fizikal sebelum membawa kepada kematian.

Foto: Kosmo Online
Pertuduhan tersebut dibacakan mengikut Seksyen 3 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Muhammad Lufthakim Abdullah meninggal dunia pada 9 Julai lalu di Permatang Badak, disyaki akibat didera dan pihak hospital menemui kesan lebam pada tubuhnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bercagar bagi setiap tertuduh sebelum pasangan tersebut mengemukakan rayuan pengurangan.

Mohd. Zawawi memohon mahkamah menetapkan nilai jaminan lebih rendah kerana dia yang bekerja sebagai jurujual kereta hanya berpendapatan kira-kira RM2,000 sebulan dan perlu menanggung seorang lagi anak berusia lapan tahun.

Sementara itu, Azreen turut merayu diberi diskaun nilai jaminan kerana hanya berpendapatan RM1,200 sebulan yang diperoleh daripada mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumahnya.

Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar bagi setiap tertuduh dan menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI
12

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 23-7-2018 11:48 AM
mak bapak x guna

elok mereput dlm nuraka
Quote prettyuglybabe 23-7-2018 11:51 AM
macam mana bini dia boleh mengasuh budak sedangkan anak sendiri tak terasuh..
Quote mawar_pink 23-7-2018 12:32 PM
mmg xsyg anak...dah tu mengasuh anak org lak tu
Quote nh1129 23-7-2018 02:05 PM
Buat anak pandai...jaga taknak
Quote DyBBora2 23-7-2018 02:35 PM
ooowwhhh...bkn kes dera la eh..? pengabaian yg menyebabkan kecederaan fizikal...cam mn tu hah?

Quote mawarika 23-7-2018 02:38 PM
Tak bg makan ke? Kurus kering arwah. Adik gemok kedempol
Quote sarahmirza 23-7-2018 02:40 PM
Jenis mak bapak anak sakit sikit di biar baik sendiri kot...
Kalau nak kata tak mampu bawa ke klinik swasta, klinik kerajaan kan ada..
Mungkin tak sempat, takde masa, banyak kerja..

Kawan I anaknya dah meninggal sebab denggi berdarah baru nak menyesal.
Ingatkan demam biasa2 aje katanya
Quote Burong_Hantuk 23-7-2018 03:08 PM
memalukan agama & bangsa
Quote sofiazara 23-7-2018 03:09 PM
tak logik
mak mana sanggup buat anak sampai mati.
ini tidak logik langsung! tiada mak yg sanggup buat dera anak sendiri.
ini mesti pengasuh dia yang bunuh.
Quote Burong_Hantuk 23-7-2018 03:10 PM



Quote moonbug 23-7-2018 04:39 PM
Anak orang dijaga, anak sendiri didera
Quote chicozinn 23-7-2018 04:41 PM
tolong la ko da la perangai xsemenggah zuriat sendiri xnak jaga leklok, kang terbunuh lak anak org len
Quote tasha 23-7-2018 04:51 PM
pandai lk nk nego ikat jamin pompuan setan ni..selayaknye dihumbn dlm jel sampai mati....tkdapat nk dbayang sakitnye adik tu didera oleh insan yg sepatutnye mnjaga dia.....bahagia la kau di syurga dik...
disisi yg Esa...
Quote mieymiey 23-7-2018 04:55 PM
Dia mengasuh anak orang?
Anak sendiri pun sampai mati ditangan sendiri.
Quote mamarock 23-7-2018 08:25 PM
Anak kandung kepada pasangan suami isteri ni lah kan? Ke anak kandung isterinya shj sbb si mati tu nama bapaknya tak sama
Quote AmandaRollins 23-7-2018 09:20 PM
Arwah adik muhammad lufthakim tu ank tiri jantan tu ke?nama hjg abdullah..
Quote AmandaRollins 23-7-2018 09:21 PM
mamarock replied at 23-7-2018 08:25 PM
Anak kandung kepada pasangan suami isteri ni lah kan? Ke anak kandung isterinya shj sbb si mati tu n ...

Kannn..i rasa arwah adik tu ank tiri
Quote clarizsa 23-7-2018 10:49 PM
Entah apa yg tuhan fikir masa kurniakan ppuan celaka ni anak yg akhirnya dibiar mati sia2 didera bagai

Eeeiiiiii geramla i
Quote zamnie 23-7-2018 10:51 PM
Hrp2 kena hukuman gantung sampai matii..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044862 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top