View: 2638|Reply: 19
|
[Tempatan]
Suami isteri didakwa abai rawatan anak sehingga mati
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Sepasang suami isteri tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun baru-baru ini.
Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan secara bersama, Mohammad Zawawi Mohammad Jasni, 30, dan isterinya, Azreen Junysar, 29, dituduh mengabaikan anak mereka, Muhammad Lufthakim Abdullah, 10, daripada mendapatkan rawatan perubatan serta pemeliharaan mencukupi sehingga menyebabkan kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian kanak-kanak itu.
Pertuduhan tersebut dibacakan mengikut Seksyen 3 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pasangan tersebut didakwa berhubung kes kematian Muhammad Lufthakim di rumah mereka dekat Permatang Badak di sini pada 9 Julai lalu yang disyaki akibat didera selepas pihak hospital menemui beberapa kesan lebam pada tubuh jenazah kanak-kanak itu seperti pernah dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
Sejurus pertuduhan dibacakan, Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bercagar bagi setiap tertuduh sebelum pasangan tersebut mengemukakan rayuan pengurangan.
Menerusi rayuannya, Mohd. Zawawi memohon mahkamah menetapkan nilai jaminan lebih rendah kerana dia yang bekerja sebagai jurujual kereta hanya berpendapatan kira-kira RM2,000 sebulan dan perlu menanggung seorang lagi anak berusia lapan tahun.
Sementara itu, Azreen turut merayu diberi diskaun nilai jaminan kerana hanya berpendapatan RM1,200 sebulan yang diperoleh daripada mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumahnya.
Sejurus mendengar rayuan, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar bagi setiap tertuduh dan menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
- K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak x guna
elok mereput dlm nuraka |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana bini dia boleh mengasuh budak sedangkan anak sendiri tak terasuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg xsyg anak...dah tu mengasuh anak org lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Buat anak pandai...jaga taknak |
|
|
|
|
|
|
|
ooowwhhh...bkn kes dera la eh..? pengabaian yg menyebabkan kecederaan fizikal...cam mn tu hah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak bg makan ke? Kurus kering arwah. Adik gemok kedempol |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis mak bapak anak sakit sikit di biar baik sendiri kot...
Kalau nak kata tak mampu bawa ke klinik swasta, klinik kerajaan kan ada..
Mungkin tak sempat, takde masa, banyak kerja..
Kawan I anaknya dah meninggal sebab denggi berdarah baru nak menyesal.
Ingatkan demam biasa2 aje katanya |
|
|
|
|
|
|
|
tak logik
mak mana sanggup buat anak sampai mati.
ini tidak logik langsung! tiada mak yg sanggup buat dera anak sendiri.
ini mesti pengasuh dia yang bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak orang dijaga, anak sendiri didera |
|
|
|
|
|
|
|
tolong la ko da la perangai xsemenggah zuriat sendiri xnak jaga leklok, kang terbunuh lak anak org len |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mengasuh anak orang?
Anak sendiri pun sampai mati ditangan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kandung kepada pasangan suami isteri ni lah kan? Ke anak kandung isterinya shj sbb si mati tu nama bapaknya tak sama |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah adik muhammad lufthakim tu ank tiri jantan tu ke?nama hjg abdullah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamarock replied at 23-7-2018 08:25 PM
Anak kandung kepada pasangan suami isteri ni lah kan? Ke anak kandung isterinya shj sbb si mati tu n ...
Kannn..i rasa arwah adik tu ank tiri |
|
|
|
|
|
|
|
Entah apa yg tuhan fikir masa kurniakan ppuan celaka ni anak yg akhirnya dibiar mati sia2 didera bagai
Eeeiiiiii geramla i |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 kena hukuman gantung sampai matii.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|