Pengasas Jawi moden, Muhammad Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob, 76, yang uzur selepas diserang angin ahmar dua tahun lalu meninggal dunia di rumahnya di Pekan Semerah, Batu Pahat pada pukul 6 petang tadi
Pejuang tulisan jawi, Mohamad Mokhtar Talib, 76, atau Pak Matlob meninggal ptg td. Allahyarham merupakan seorang pakar jawi dan bekas karya tamu YWJ. Kerajaan Negeri Johor menghargai jasa Allahyarham yg tidak ternilai dalam memartabatkan tulisan jawi. AlFatihah. Muhammad @ Mokhtar bin Talib atau 'Matlob' (lahir 5 Julai 1937, di Kampung Laut, Semerah, Batu Pahat, Johor) merupakan seorang penulis pelbagai genre kanak-kanak dan remaja. Beliau meninggal dunia pada 6 September 2013 kerana sakit tua.
Karya pertama Matlob tersiar dalam Utusan Kanak-kanak dan Tunas (1953).Rencana beliau tentang pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial.Skrip drama pentas“Mekarlah Mawar–Mekarlah Harapan” dipentaskan di Panggung Cathay Muar pada 28 Mei 1965, “Batu Belah Batu Bersemah”, iaitu tablo yang membabitkan 252 orang pelakon pada 5 Jun 1975, Istiadat Bersanding Johor untuk Pesta Permainan Tradisional ke-6 pada 6 November 1976. Beliau menghasilkan lebih daripada 30 buah cerpen dan 360 buah buku. Ruangan “Mari Berfikir” dalam Utusan Kanak-kanak (Januari 1959 – 1961), “Taman Kanak-kanak” dan “Ruangan Pelajar” dalam Mingguan Malaysia (1965 – 1967), “Taman Sains” dalam Utusan Pelajar (1971 – 1984), “Mingguan Pelajar” dan “Gedung Ilmu” dalam Berita Minggu (1984 – 1988), “Ruangan Pembaca Muda” dalam Utusan Melayu (1989 – 1990) mendekatkan beliau kepada kanak-kanak. Beliau juga mantan Ketua Unit Pendidikan Jawi dalam Utusan Melayu (1993 – 1997).Sejak Mei 2001 Matlob menulis ruangan “Pintar Jawi” dalam Berita Minggu. Beliau menjadi pengerusi Persatuan Peminat Bahasa dan Penulis Muar (PPPBPM) bersama Salleh Kasmin (Salmin) .Selain itu menjadi ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ).Dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) , beliau membentangkan kertas kerja “Books for Children and The Young Ones” di Kuala Lumpur pada Disember 1975.
|
ADVERTISEMENT