CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8463|Reply: 34

[Tempatan] Pak Matlob meninggal dunia

[Copy link]
Post time 6-9-2013 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Pengasas Jawi moden, Muhammad Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob, 76, yang uzur selepas diserang angin ahmar dua tahun lalu meninggal dunia di rumahnya di Pekan Semerah, Batu Pahat pada pukul 6 petang tadi

Pejuang tulisan jawi, Mohamad Mokhtar Talib, 76, atau Pak Matlob meninggal ptg td. Allahyarham merupakan seorang pakar jawi dan bekas karya tamu YWJ. Kerajaan Negeri Johor menghargai jasa Allahyarham yg tidak ternilai dalam memartabatkan tulisan jawi. AlFatihah.

Muhammad @ Mokhtar bin Talib atau 'Matlob' (lahir 5 Julai 1937, di Kampung Laut, Semerah, Batu Pahat, Johor) merupakan seorang penulis pelbagai genre kanak-kanak dan remaja. Beliau meninggal dunia pada 6 September 2013 kerana sakit tua.

Karya pertama Matlob tersiar dalam Utusan Kanak-kanak dan Tunas (1953).Rencana beliau tentang pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial.Skrip drama pentas“Mekarlah Mawar–Mekarlah Harapan” dipentaskan di Panggung Cathay Muar pada 28 Mei 1965, “Batu Belah Batu Bersemah”, iaitu tablo yang membabitkan 252 orang pelakon pada 5 Jun 1975, Istiadat Bersanding Johor untuk Pesta Permainan Tradisional ke-6 pada 6 November 1976. Beliau menghasilkan lebih daripada 30 buah cerpen dan 360 buah buku.
Ruangan “Mari Berfikir” dalam Utusan Kanak-kanak (Januari 1959 – 1961), “Taman Kanak-kanak” dan “Ruangan Pelajar” dalam Mingguan Malaysia (1965 – 1967), “Taman Sains” dalam Utusan Pelajar (1971 – 1984), “Mingguan Pelajar” dan “Gedung Ilmu” dalam Berita Minggu (1984 – 1988), “Ruangan Pembaca Muda” dalam Utusan Melayu (1989 – 1990) mendekatkan beliau kepada kanak-kanak.
Beliau juga mantan Ketua Unit Pendidikan Jawi dalam Utusan Melayu (1993 – 1997).Sejak Mei 2001 Matlob menulis ruangan “Pintar Jawi” dalam Berita Minggu.

Beliau menjadi pengerusi Persatuan Peminat Bahasa dan Penulis Muar (PPPBPM) bersama Salleh Kasmin (Salmin) .Selain itu menjadi ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ).Dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) , beliau membentangkan kertas kerja “Books for Children and The Young Ones” di Kuala Lumpur pada Disember 1975.




   








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2013 11:37 PM | Show all posts
LAHIR : 5 Julai 1937, di Kampung Laut Semerah, Batu Pahat, Johor.
ALAMAT 117 Pekan Semerah, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

MATLOB, sebuah nama yang cukup dikenali dalam kesusasteraan kanak-kanak dan remaja. Berasal dari keluarga nelayan dan merupakan anak sulung kepada Talib bin Tandang, seorang guru mengaji al-Quran dan Mariam binti Hj. Ahmad. Matlob dalam bahasa Arab bermaksud "yang dikehendaki" iaitu gelaran yang diberikan oleh guru agamanya. Nama inilah diabadikannya sebagai nama samarannya sejak mula bergiat dalam bidang penulisan.

Matlob mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk, Batu Pahat (1946 – 1949) sehingga tamat darjah V. Pada tahun 1950, beliau belajar dalam darjah VI di Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat. Beliau menjadi guru pelatih semasa berumur 15 tahun di Sekolah Melayu Seri Benut, Johor (1952 – 1953).

Didikan awal yang diterimanya di sekolah telah menyuburkan minatnya dalam bidang penulisan. Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim (1954–1956). Di sini, beliau mendapat rangsangan daripada Master of Method, Aminuddin Baki, agar menyelidik dan menghasilkan karya untuk kanak-kanak Melayu yang kebetulan pada waktu itu masih terlalu kurang.

Matlob terpilih untuk mengikuti kursus tambahan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (Mei 1962 – Mei 1963). Beliau terus berusaha gigih untuk meningkatkan kelayakan akademiknya dan melalui pembelajaran secara sendiri, beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1965.

Seterusnya, Matlob menjadi munsyi di Sekolah Convent Batu Pahat, Penolong Kanan Sekolah Menengah Semerah dan menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh, Sekolah Kebangsaan Seri Comel, Sekolah Kebangsaan Parit Sulong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Persenian.

Karya pertama Matlob tersiar dalam Utusan Kanak-kanak dan Tunas pada tahun 1953 dan meneruskannya kreativitinya selepas tamat belajar dari SITC. Tulisannya dalam bentuk rencana yang menggarap pelbagai bidang terutama pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial, tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Beliau juga menulis skrip drama pentas, iaitu "Mekarlah Mawar–Mekarlah Harapan" dipentaskan di Panggung Cathay Muar pada 28 Mei 1965, "Batu Belah Batu Bersemah", iaitu tablo yang membabitkan 252 orang pelakon pada 5 Jun 1975, Istiadat Bersanding Johor untuk Pesta Permainan Tradisional ke-6 pada 6 November 1976. Beliau menghasilkan lebih daripada 30 buah cerpen dan 360 buah buku.

Beliau turut memimpin ruangan "Mari Berfikir" dalam Utusan Kanak-kanak (Januari 1959 – 1961), "Taman Kanak-kanak" dan "Ruangan Pelajar" dalam Mingguan Malaysia (1965 – 1967), "Taman Sains" dalam Utusan Pelajar (1971 – 1984), "Mingguan Pelajar" dan "Gedung Ilmu" dalam Berita Minggu (1984 – 1988), "Ruangan Pembaca Muda" dalam Utusan Melayu (1989 – 1990) dan beliau juga merupakan mantan Ketua Unit Pendidikan Jawi dalam Utusan Melayu (1993 – 1997). Pada bulan Mei 2001 hingga sekarang, Matlob menulis ruangan "intar Jawi" dalam Berita Minggu.

Selain itu, beliau juga mengetuai Persatuan Peminat Bahasa dan Penulis Muar (PPPBPM) bersama Salleh Kasmin (Salmin) dan menganggotai Persatuan Penulis Johor (PPJ). Beliau telah dipilih oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) untuk membentangkan kertas kerja dalam Seminar Wilayah Unesco mengenai Planning, Production and Distribution of Books for Children and Young People in Asia bertajuk "Books for Children and The Young Ones" di Kuala Lumpur pada Disember 1975.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:39 PM | Show all posts


Wakjaman masa arek gawei program kuie maring umahei nang peken Semerah. Wakjaman wes pirang-pirang kali maring umahei. Seng wakjaman sukak maring umahei Pak Matlob sebab ono perpustakaan cilik. Macem-macem buku ono nang jero perpustakaan kuie. Keratan suratkabar seng biek2 pun ono. Pak Matlob ngomong kabeh khazanah seng nang jero perpustakaan kuie arek diserahkei maring Yayasan Warisan Johor. Sebabpei nang YWJ ono seng jogo. Kuielah Pak Matlob seng wakjaman kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:41 PM | Show all posts
pernah baca karya dia dlm majalh gila gila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:42 PM | Show all posts
Pak Matlob takon perkembangan enyong sama ada egek nulis maneh opo ora. Wakjaman ngaie tau dek'ei egek juga nulis nang suratkabar Utusan Melayu Mingguan (jawi) karo ngeterkei bahan berita maring Jamaludin Husin (Harian Metro Muar). Dek'ei takon jugak artikel wakjaman seng metu nang KLIK DBP thino kaei. (Thelok entri nang ngisor iki).





ABDUL Ghani Othman menyampaikan Hadiah Karyawan Sastera Johor kepada Mohammad @ Mokhtar Talib di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pd 2009
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah dan Al-Fatihah kpd arwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2013 11:44 PM | Show all posts
sekngucing posted on 6-9-2013 11:41 PM
pernah baca karya dia dlm majalh gila gila

Yang kat Majalah Gila-Gila tu Pak Sako atau MatLob? Atau aku terlepas pandang..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:45 PM | Show all posts
Karya : Novel RemajaNovel Kanak-kanak
  • Menunggu Anak Kak Yi. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993.
  • Menangkap Pencuri Ayam. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  • Comelku Sayang. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  • Berkhemah. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  • Jadi Tukang Banci. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  • Jadi Penasihat. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  • Mat Sains Naik Keretapi.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  • Anak Ayam Mat Sains.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  • Mat Sains Pergi Zoo.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  • Mat Sains Bunuh Ular.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  • Mat Sains Takut Anjing.  : Penerbitan Utusan Melayu, 1976.
  • Anak Kerbau Mat Sains. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Mat Sains dengan Bayang-bayang. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Mat Sains Jadi Angkasawan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Mat Sains ke Taman Purba. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Mat Sains Membina Kota. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Batu Belah Batu Bertangkup. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  • Raja Merung Mahawangsa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  • Raja dari Bukit Siguntang. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1978.
  • Panglima Nayan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  • Perang Shah Kobat.  : Pustaka Antara 1980.
  • Pengembaraan Badrul Muin.  : Pustaka Antara 1980.
  • Hamzah Akhir Zaman.  : Pustaka Antara 1979.
  • Hang Jebat.  : Pustaka Antara 1979.
  • Hang Kasturi.  : Pustaka Antara 1979.
  • Hang Tuah.  : Pustaka Antara 1979.
  • Pahlawan Kecil Singapura.  : Pustaka Antara 1979.
  • Ah Kow: Anak Pekebun Sayur. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  • Awang : Anak Nelayan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  • Borhan: Anak Pesawah. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  • Kantan: Anak Pinggir Hutan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  • Kudi: Anak Penanam Lada Hitam. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  • Ah Meng: Anak Pekerja Lombong. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  • Badri: Anak Pekerja Kapal Laut. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  • Dayang Hamarah: Anak Pekerja Balak. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  • Lily: Anak Pekerja Binaan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  • Anak Tukang Emas.  : Pustaka Antara 1980.
  • Beruk Raja.  : Pustaka Antara 1980.
  • Jasa Puteri Raja.  : Pustaka Antara 1980.
  • Kasih Kambing Jantan.  : Pustaka Antara 1980.
  • Kucing Hadiah Raja.  : Pustaka Antara 1980.
  • Dua Orang Puteri Tani.  : Pustaka Antara 1980.
  • Permaisuri Bintan.  : Pustaka Antara 1980.
  • Putera Genggang.  : Pustaka Antara 1980.
  • Raja Kesuma Dewi.  : Pustaka Antara 1980.
  • Tun Fatimah.  : Pustaka Antara 1980.
  • Anak Tiri yang Jujur. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  • Balasan Dengki. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  • Fakri Budiman. Melaka: Associated Educational Distributors
  • Helah Si Leman. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  • Kisah Sulung Manja. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  • Beliung Emas di Hulu Sungai. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  • Budak Kampung Gembala Kambing. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  • Doa Seorang Petani. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  • Dua Belas Orang Murid Bingung. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  • Dua Orang Sahabat Setia. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  • Bek! Bek! Bek! Nasi Andeh Tak Lembik. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Belalang Rusa atau Rusa Belalangkah. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Belajar Jauh. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Kerbau Degil. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Mencari Tuk Syekh. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  • Kumpulan Cerita Kanak-kanak 1 (antologi bersama).  : DBP, 1962.
  • Kumpulan Cerita Kanak-kanak 3 (antologi bersama).  : DBP, 1982.
  • Upah Perang. Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1965.
  • Bila Sekolah Cuti.  : DBP, 1981.
  • Layang-layang Putus Tali.  : DBP, 1981.
  • Piala Anakku. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993.
  • Intan Malam. Johor Bahru: Badan Cemerlang, 1997.
  • Awang Kenit. Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1965
  • Puisi Anak-anak. Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1968.
  • Wan Kenit. Singapura: Pustaka Nasional, 1973.
  • Si Bulat.  : DBP, 1980.
  • Si Gonjang.  : DBP, 1980.
  • Bangun Pagi-pagi.  : Longman Malaysia, 1982.
  • Keluarga Saya.  : Longman Malaysia, 1982.
  • Taman di Kaki Bukit.  : DBP, 1987.
  • Si Pitak.  : Penerbit Fajar Bakti, 1971.
  • Si Pitak Kerani Muda.  : Penerbit Fajar Bakti , 1971.
  • Si Pitak Jauh di Rantau.  : Penerbit Fajar Bakti , 1972.
  • Malim Dewa Menantu Bela. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti , 1975.
  • Anggun Cik Tunggal Putera Malang. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1975.
  • Awang Sulung Merah Muda. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1977.
  • Seri Rama dan Seta Dewi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  • Sastera Alam Kanak-kanak.  : Pustaka Antara 1964.
  • Saya Bersih. Melaka: Jasin Stor, 1986
  • Saya Ikut Ketua. Melaka: Jasin Stor, 1986
  • Saya Sihat Saya Riang. Melaka: Jasin Stor, 1986
  • Inilah Cerita Saya. Melaka: Jasin Stor, 1986
  • Saya Belajar Nombor. Melaka: Jasin Stor, 1986
  • Saya Belajar Membaca. Melaka: Jasin Stor, 1986
  • Buku Kerja Prabaca Rumi. Melaka: Jasin Stor, 1987
  • Buku Kerja Pramatematik. Melaka: Jasin Stor, 1987
  • Buku Kerja Prajawi. Melaka: Jasin Stor, 1987. Siri Pengetahuan Alam dan Pekerjaan
  • Pekebun Sayur. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  • Penoreh Getah. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  • Pekerja di Pinggir Hutan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  • Peneroka Kelapa Sawit. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  • Nelayan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  • Anak Bertuah. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  • Puteri Bulan. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  • Tuah Anggerik. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  • Abangku Kijang. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  • Nasib Si Bongkok. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  • Kedut Bumi.  : Cipta Publishing, 1987
  • Hidup Belajar. : Cipta Publishing, 1987
  • Jujur Memegang Amanah.  : Cipta Publishing, 1987
  • Merenung Laut Berombak.  : Cipta Publishing, 1987


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2013 11:46 PM | Show all posts
Ilmu Jawi
  • Rahsia Belajar Jawi.  : Pustaka Antara 1989
  • Sistem Tulisan Jawi (bersama Dr. Mohd. Hussein Baharuddin). Kuala Lumpur, Global Grafik, 1998
  • Kisah Anak-anak Pekerja (1). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Kisah Anak-anak Pekerja (2). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Kisah Anak-anak Pekerja (3). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Kisah Anak-anak Pekerja (4). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Syahadah dan Salat. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Berpuasa di Bulan Ramadhan. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Mengeluarkan Zakat. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Menunaikan Haji. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991.
  • Tentera Gajah. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Merpati Mekah. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Nyamuk dan Namrud. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Orang Kera. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Allah. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Rasul Allah. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Mari Sembahyang. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Hari dan Bulan. Melaka: Mayabakti, 1991
  • Iskandar Agung. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Isabella. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Kublai Khan. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Napoleon Buonarparte. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Tun Fatimah.  : Pustaka Antara 1991
  • Hang Tuah.  : Pustaka Antara 1991
  • Kamal al-Arifin dengan Perempuan.  : Pustaka Antara 1991
  • Pengembaraan Badrul Muin.  : Pustaka Antara 1991
  • Pak Pandir Turun ke Sawah. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Siapa ke Tali Gantung. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Si Hidung Panjang. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  • Menunggu Rambut Puteri Bulan. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
Penceritaan Semula
  • Hikayat 1001 Malam: Bertarung dengan Jin.  : Pustaka Antara 1991
  • Balasan Budi.  : Pustaka Antara 1991
  • Penghuni Kubur.  : Pustaka Antara 1991
  • Si Bongkok Beristeri Ayu.  : Pustaka Antara 1991
  • Pugar Satu: Gubuk Terpencil di Pekan Semerah. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  • Pugar Dua: Bandar Penggaram Batu Dipahat. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  • Pugar Tiga: Dari Tanjung Laboh ke Ayer Baloi. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  • Pugar Empat: Yang Nyaman dan yang Mengharu. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  • Anak Pembuat Tembikar. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993
  • Tangisan di Malam Raya. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993
Antologi Cerpen
  • Matinya Seorang Mangkubumi.  : Berita Publishing, 1994
  • Singapura Negeri Berdarah.  : Berita Publishing, 1994
  • Putera Raja Berebut Takhta.  : Berita Publishing, 1994
  • Teman Seiring Jalan.  : Berita Publishing, 1994
  • Di Sini Ada Bahaya. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Istana Ratu Terpokah? Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Perenang Handal. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Si Bijak Malam. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Ah Bodohnya Mat Saleh Ni. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Buah Tahi Gajah. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Kelawar Terbang Malam. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Telur Angsa Telur Biawak. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  • Ibu dan Bapa.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Keluarga Saya.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Proton Wira.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Komputer.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Perpustakaan.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Gerhana Bulan.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Pereka Kapal Terbang.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Malaysia Negara Kita. : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Permulaan Ketiga: Tahukah Kamu Teknologi Semula Jadi? : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Nyamuk Aedes. : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Jadi Tukang Banci.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Pendeta Za’ba. : Penerbitan Hartamas, 1994
  • Mari Mengenal Huruf Jawi. Petaling Jaya: Eastview Publications, 1996
  • Mari Mengenal Tulisan Jawi. Petaling Jaya: Eastview Publications, 1996
  • Mari Mengenal Ejaan Jawi. Petaling Jaya: Eastview Publications, 1996
  • Jawi Rendah Asas. Singapura: Pustaka Nasional, 1999
  • Jawi Rendah Satu. Singapura: Pustaka Nasional, 1999
  • Jawi Rendah Dua. Singapura: Pustaka Nasional, 1999

    WIKIPEDIA

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:46 PM | Show all posts
mat lob pun ada
samad ismail ada, pak sako rasanya ada jugak
gila gila memang legend
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:48 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:49 PM | Show all posts
Pejuang tulisan Jawi, Mohammad @ Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob meminta Kementerian Pelajaran mengambil langkah lebih proaktif untuk memperkasa tulisan berkenaan di kalangan pendidik dan pelajar.


Beliau berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah menganjurkan kursus khas untuk guru bagi menguasai dan mempelajari kaedah mengajar tulisan tersebut dengan baik.


‘‘Langkah ini perlu dilaksanakan bagi memartabat dan memperkasa lagi tulisan Jawi yang semakin hilang di kalangan masyarakat negara ini khususnya kaum Melayu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Semerah dekat sini baru-baru ini.


Pak Matlob berkata, kursus intensif itu mampu melahirkan tenaga pengajar yang mampu mengajar tulisan tersebut dengan baik dan berkesan.
Malah, beliau sendiri telah menghasilkan 20 judul buku panduan mengajar tulisan Jawi yang sesuai digunakan oleh guru sejak lima tahun lalu dan 15 daripadanya memberi penekanan kepada cara pembacaan Jawi untuk kanak-kanak.


Selain itu, beliau juga telah menghasilkan buku mengenai modul Pintar Jawi yang memberi penekanan kepada Pandai Jawi dan Pandai Khat.
Perjuangan Pak Matlob bermula ketika menjadi guru pada 1963 iaitu ketika mengajar di Sekolah Convent Batu Pahat dengan mengajar cara membaca dan menulis tulisan Jawi kepada murid-murid yang buta Jawi pada waktu rehat secara sukarela.


Setelah bersara sebagai guru, beliau secara aktif memperjuang tulisan tersebut dengan menyertai syarikat akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang Pendidikan mulai 1993.


Dalam tempoh itu, kedua-dua akhbar yang menggunakan tulisan Jawi itu telah diberi nafas baru dengan mewujudkan ruangan khas, antaranya Program Jawi Arab Amali untuk pembaca muda iaitu memberikan pedoman mengenai cara menulis khat dan bahasa Arab.
Beliau juga mengelolakan ruangan belajar Jawi, Pandai Jawi dan Belajar Jawi dalam akhbar Utusan Malaysia, bertujuan memberikan pendedahan mengenai sistem ejaan Jawi mutakhir dan membantu meningkatkan kemahiran menulis jawi di kalangan pembaca.


UTUSAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:50 PM | Show all posts
Tokoh pejuang tulisan jawi dan sastera kanak-kanak, Mohammad @ Mokhtar Talib, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob dipilih sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di sini semalam.


Anak kelahiran Semerah, Batu Pahat itu dipilih menerima anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan sumbangan penulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa.


Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima wang tunai RM7,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.


Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sejak 1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bidang sastera dan bahasa.


Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ).
Pak Matlob yang juga bekas Pengarang Pendidikan Utusan Melayu (1993-1998) telah menghasilkan 400 buah buku dalam pelbagai bidang, kebanyakannya dalam penulisan jawi dan sastera kanak-kanak.


Pada tahun lalu, UMNO telah memilih beliau untuk menerima Anugerah Melayu Cemerlang manakala di peringkat negeri, Pak Matlob dipilih menerima Anugerah Tokoh Pejuang Jawi daripada Persatuan Penulis Johor sempena Bulan Bahasa dan Sastera negeri.


Beliau juga telah dipilih membentangkan kertas kerja bertajuk Perancangan, Penghasilan dan Pengedaran Buku-Buku Untuk Kanak-kanak dan Orang Muda di Asia pada seminar Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 1975.


Dalam bidang penulisan jawi, Pak Matlob banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia.


Beliau juga dilantik sebagai kolumnis ruangan Warisan Bangsa di majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sumbangan beliau dalam sastera kanak-kanak juga dapat dilihat dengan jelas menerusi penulisannya di pelbagai akhbar di negara ini antaranya di Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman.


Pak Matlob dilahirkan pada 5 Julai 1937 dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun.
Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

UTUSAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:51 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 11:53 PM | Show all posts



semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang beriman...........


aku membesar dengan buku-buku tulisannya terutama sekali tulisan jawi...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 12:03 AM | Show all posts
SUATU ketika tulisan jawi sangat terkenal, malah pernah menjadi tulisan rasmi bagi Negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu penguasaan British, tetapi kini keadaan adalah sebaliknya, malah pengaruhnya dilihat semakin pudar.

Cuma masih tinggal beberapa negeri yang berusaha mempertahankannya, misalnya melalui penggunaan papan tanda serta urusan membabitkan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Atas kesedaran memperjuangkan tulisan jawi agar tidak hilang ditelan zaman, seorang penceramah kursus Jawi, Mohd Mokhtar Talib menghasilkan sebuah buku bertajuk Kalendar Satu Abad (1951-2050) Masihi-Hijrah-Cina-Jawa.

Beliau yang berpengalaman luas dalam disiplin tulisan jawi mengenengahkan beberapa ilmu dan petua melalui karyanya yang ke-400 itu.

"Saya menghasilkan buku ini untuk tatapan dan bekalan generasi baru agar ilmu orang tua tidak hilang, bahkan dapat diwarisi secara turun-temurun," katanya yang terkenal dengan nama pena Pak Matlob.

Kalendar Satu Abad bukan kalendar biasa kerana ia dapat digunakan untuk menjejaki tarikh peristiwa yang berpuluh tahun lalu dan melakukan ramalan pada waktu akan datang sehingga 2050.

Walaupun buku itu kelihatan ringkas, banyak kegunaannya termasuk dapat melakukan ramalan terhadap jodoh melalui kaedah abjad Jawi yang tidak diperoleh melalui kursus di mana-mana sekalipun.

Turut dimuatkan panduan kalendar tahun Jawa dan tahun Cina sebagai pengetahuan am yang dikaitkan bersama beberapa tokoh dunia supaya pembaca dapat memahami lebih jelas maksud yang disampaikan buku terbabit.

"Buku ini dihasilkan dengan tujuan utamanya untuk mengembangkan tulisan jawi secara praktik selepas mendapat maklum balas daripada generasi muda ketika mengendalikan kursus jawi.

"Selepas dapat ilham daripada ceramah tulisan jawi, saya cuba menghasilkan buku ini dalam tempoh dua tahun," katanya.

Pak Matlob pernah menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Budaya Johor serta menjadi pengelola ruangan jawi di Harian Metro serta Berita Harian.

Beliau menulis sejak 1953 dengan kebanyakannya novel remaja dan buku berkaitan tulisan jawi yang diperjuangkan sejak 1983.

Sehinggalah pada usianya kini 71 tahun, dibantu seorang anaknya Fikri, 41, beliau masih tekun dengan usahanya memartabatkan warisan bangsa itu dalam pelbagai cara.

Menurutnya, buku terbabit yang turut mengandungi rumus dengan huruf jawi, rumus jodoh, rumus menang kalah dan rumus bintang sangat berguna bagi meluaskan pengetahuan generasi masa kini.

"Secara manusiawi setiap orang berkeinginan untuk mengetahui hal diri sendiri atau individu pilihan hati.

"Begitu juga secara psikologi manusia mahu tahu masa depannya walaupun pada hakikatnya rahsia itu tidak pernah dapat dicapai oleh manusia.

"Oleh itu, dengan segala ilmu, pengalaman dan angan-angan, manusia merumuskan pelbagai kesimpulan sendiri terhadap hal yang sebenarnya Allah saja yang Maha Mengetahui hakikatnya," katanya.

Rumus ramal, katanya, adalah permainan akal manusia yang keupayaannya amat terbatas dan ia tidak salah selama manusia sedar yang kesimpulan rumus itu bukanlah sesuatu yang hakiki.

"Mungkin ia boleh menjadi ubat mujarab bagi manusia yang kehilangan diri sendiri dalam mencari dirinya di alam nyata ini," katanya sambil menegaskan abjad jawi bukannya sembarangan, malah ada penjaga atau khadam.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 12:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 12:13 AM | Show all posts
Inalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 12:16 AM | Show all posts
inalillah...suka tulisan jawi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 12:25 AM | Show all posts
innalillah. dan Al Fatihah utk beliau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.456540 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list