CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Filem Animasi Wheely Terbitan KRU Plagiat Cars?

23-7-2018 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10126| Komen: 43|Original author: Oleh: Azza



Hebat sungguh bila KRU menyatakan yang filem animasinya, Wheelly berjaya memasuki 80 buah negara. Apatah lagi bila melihat kualiti dan 'dubbing'nya yang setaraf antarabangsa membuatkan kita rakyat Malaysia harus berbangga.

Namun setelah melihat 'trailer'nya, ramai pula yang berpendapat ada unsur plagiarisme kerana seakan-akan filem animasi 'Cars'.



Kredit foto: Twitter Friendzone


Cantik, tapi ...




Walau apapun pandangan netizen yang telah melihat 'trailer' tersebut, usaha menghasilkan animasi ini harus diberi pujian kerana ia membuktikan filem animasi Malaysia juga mampu ke persada antarabangsa.






"Memang ada pihak bertanya. Saya tegaskan yang Wheely adalah karekter berbeza dengan Cars. Malahan, sebelum mendaftar hak cipta Wheely di Amerika Syarikat, kami sudah pastikan tiada persamaan antara dua animasi berkenaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Datuk Norman Abd Halim.


Kredit foto: Carian Internet

Ada beberapa cadangan yang mungkin perlu diberi pertimbangan untuk filem animasi seterusnya iaitu menggunakan latar belakang yang bercirikan Malaysia, jalan cerita yang lebih asli, pelakon alih suara yang lebih versatile (terlalu banyak suara yang sama dengan animasi lain) dan juga turut mengekalkan kualiti yang sama dengan Wheely.

Semoga Wheely yang mempunyai nilai produksi RM40.46 juta di pasaran antarabangsa. Dan sebagai tanda sokongan, jom kita menontonnya mulai 16 Ogos di wayang dalam versi Bahasa Malaysia dan Inggeris. - CARI 
22

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 23-7-2018 12:39 PM
betul jugak, kalau ada bawak identiti malaysia. alang2 boleh buat nama malaysia terkenal sekali.. tapi its okay.. bolehlah jadi pilihan di cinema kelak.
Quote laksmanabentan 23-7-2018 12:43 PM
not bad... bila ni tayangan dia?
Quote supernaturalee 23-7-2018 12:50 PM
siapa talent yg terlibat utk watak2 alih suara?
klu ribbit sblm ni
johan dan elfira utk watak utama
lbh seronok tgk versi bhs melayu berbanding english

wheely ni xtau lh plk mcmn



Quote ezacbee 23-7-2018 12:54 PM
KRU & plagiat berpisah tiada
Quote sokmogitu 23-7-2018 01:09 PM
KRU ni apa je karya diorg yg tak heavily influenced by other karya? Filem magika yg rilex2 je copy lemony snicket, narnia dan alice in wonderland tu pun boleh menang FFM..ni belom bukak kisah cicakman vs spiderman
Quote prettyuglybabe 23-7-2018 01:23 PM
ada ke benda dorang buat totally idea original?
Quote itsmeshikin 23-7-2018 01:33 PM
laksmanabentan replied at 23-7-2018 12:43 PM
not bad... bila ni tayangan dia?

jom kita menontonnya mulai 16 Ogos di wayang dalam versi Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Quote rogayahtop 23-7-2018 01:47 PM
kan.  kesian. dahla cars tu paling x best utk dicopy pun.

Quote jepp 23-7-2018 02:01 PM
sokong yusry jom!!
Quote Z77 23-7-2018 02:08 PM
prettyuglybabe replied at 23-7-2018 01:23 PM
ada ke benda dorang buat totally idea original?

ada je bro......Vikingdom...di mana jalan ceritanya cam sampah
Quote mieymiey 23-7-2018 02:14 PM
prettyuglybabe replied at 23-7-2018 01:23 PM
ada ke benda dorang buat totally idea original?

Lagu pun banyak isu, apatah lagi yang ni
Quote chinta89 23-7-2018 03:27 PM
prettyuglybabe replied at 23-7-2018 01:23 PM
ada ke benda dorang buat totally idea original?

muke pun x ori, mcmne karya nk ori beb.
Quote chinta89 23-7-2018 03:27 PM
sokmogitu replied at 23-7-2018 01:09 PM
KRU ni apa je karya diorg yg tak heavily influenced by other karya? Filem magika yg rilex2 je copy l ...

tau xpe.

terang bersuluh lagi asik meniru.
Quote jaja8 23-7-2018 03:42 PM
pelik ak kru dikira lama dlm industri tapi xde satu pun aku rasa hasil kerja dorang yg fresh start from 0..sume tiru sana sini
Quote aleesyasofia 23-7-2018 04:23 PM
supernaturalee replied at 23-7-2018 12:50 PM
siapa talent yg terlibat utk watak2 alih suara?
klu ribbit sblm ni
johan dan elfira utk watak utam ...


kalo tgk dlm iklan tv wheely tue zizan razak.. yg bella tue lisa surihani.. movie nie dlm bi ke.. tgk dlm iklan ckp malay
Quote beeeee 23-7-2018 04:39 PM
so plagiat bape percent? kekekeek
Quote chicozinn 23-7-2018 04:43 PM
skali tengok da tau jalan citer camne..KRU n plagiat berpisah tidak
Quote buapakperut 23-7-2018 04:51 PM
Edited by buapakperut at 23-7-2018 08:53 AM

kru memperabih duit je. dulu penah keje under mosti tengok bajet mosti juta2 utk kru.tapi nan haro. ini piece of garbage hasilnya tadaaaa. baik tengok katun kacang kat tv1 tu
Quote supernaturalee 23-7-2018 04:55 PM
aleesyasofia replied at 23-7-2018 04:23 PM
kalo tgk dlm iklan tv wheely tue zizan razak.. yg bella tue lisa surihani.. movie nie dlm bi ke. ...

2 versi - bi & bm

sama mcm ribbit jgk
sbb nk jual kt luar jugak


Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064078 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top