Hebat sungguh bila KRU menyatakan yang filem animasinya, Wheelly berjaya memasuki 80 buah negara. Apatah lagi bila melihat kualiti dan 'dubbing'nya yang setaraf antarabangsa membuatkan kita rakyat Malaysia harus berbangga.
Namun setelah melihat 'trailer'nya, ramai pula yang berpendapat ada unsur plagiarisme kerana seakan-akan filem animasi 'Cars'.
Kredit foto: Twitter Friendzone
Cantik, tapi ...
Walau apapun pandangan netizen yang telah melihat 'trailer' tersebut, usaha menghasilkan animasi ini harus diberi pujian kerana ia membuktikan filem animasi Malaysia juga mampu ke persada antarabangsa.
"Memang ada pihak bertanya. Saya tegaskan yang Wheely adalah karekter berbeza dengan Cars. Malahan, sebelum mendaftar hak cipta Wheely di Amerika Syarikat, kami sudah pastikan tiada persamaan antara dua animasi berkenaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Datuk Norman Abd Halim.
Kredit foto: Carian Internet
Ada beberapa cadangan yang mungkin perlu diberi pertimbangan untuk filem animasi seterusnya iaitu menggunakan latar belakang yang bercirikan Malaysia, jalan cerita yang lebih asli, pelakon alih suara yang lebih versatile (terlalu banyak suara yang sama dengan animasi lain) dan juga turut mengekalkan kualiti yang sama dengan Wheely.
Semoga Wheely yang mempunyai nilai produksi RM40.46 juta di pasaran antarabangsa. Dan sebagai tanda sokongan, jom kita menontonnya mulai 16 Ogos di wayang dalam versi Bahasa Malaysia dan Inggeris. - CARI
|