CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucuk-Cucuk Terus Putih, 'Pakar Kulit' Atas Talian Semakin Berleluasa

20-7-2018 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8617| Komen: 57

'Doktor dalam talian' kini semakin berleluasa menawarkan promosi pemutihan kulit segera.

Harian Metro melaporkan, golongan tidak bertauliah ini sangat bijak mengatur strategi mengaut keuntungan dengan promosi jaminan putih segera dan menawarkan doktor di klinik panel bagi mereka yang tidak tahu menyuntik sendiri.


Menurut sumber, iklan promosi pemutihan kulit adalah termasuk produk gel pengelupasan dan suntikan vitamin C menggunakan ampul.

Menurut laporan lagi, seorang wartawan Harian Metro menyamar sebagai pembeli dan hasilnya penjual mendakwa set suntikan pencerahan tersebut diperolehi dari Korea dan mengandungi vitamin C.

Kredit foto: Harian Metro
“Kalau tak pandai, tak boleh suntik sendiri. Sis bantu awak dapatkan service injection di klinik.


“Jururawat atau doktor buatkan. Dorang (mereka) biasa inject so dia dah tahu macam mana nak buat."

Peniaga turut mendakwa tiada kesan sampingan kerana ia mendapat kelulusan pakar kulit antarabangsa.

“Tak ada kesan sebab produk ini ada CFDA (China Food and Drug Administration), kelulusan pakar kulit sedunia bermaksud bebas daripada dadah, hormon dan sebagainya. Hanya vitamin C saja untuk kesihatan kulit.

“Suntikan ini ambil seminggu sekali saja dan kesan bergantung pada metabolisme badan seseorang kalau darah pun comel, toksin dalam badan kurang kadang-kadang dua atau tiga kali suntikan saja sudah boleh nampak kesan."


Kredit foto: Harian Metr
Peniaga pengelupasan kulit pula mengaku produknya yang dijamin memberi kesan putih selepas proses pengelupasan tiga hingga tujuh hari itu tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ini bukan produk tempatan tetapi buatan Perancis. Dorang punya QC (kawalan kualiti) lagi tinggi daripada Malaysia. Produk timbang kilo pun boleh ada KKM.

“Produk ini sangat selamat. Dah banyak orang beli dan result pun awesome."

“Senang je nak jadi putih dik. Sapu je losen ini dan dalam masa seminggu, confirm putih.

“Jangan risau mengenai kulit yang mengelupas itu. Nanti ok sendiri,”

Produk ini dijual dengan harga serendah RM50.  -CARI

38

Bagus
29

Marah
36

Terkejut
19

Sedih
29

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-7-2018 06:16 PM
Ramai dh yang putih putih skang..
Apa efek dia selain buah pinggang ek?
Kulit putih tu mmg kekal.putih pink satu badan ke? Sampai.ke.tuA?
Quote azwanaliori 20-7-2018 06:17 PM
So since bersepah je artis cucuk bg putih menatang ni elok ke x? Ke putih skrg 2 ke 3 tahun lagi kanser
Quote famri7 20-7-2018 06:20 PM
Nak tengok kesan krim bodoh2 ni sis pergi rantau panjang..tgk muka acik2 berniaga di sana....muka smua terbakar merah2 xsekata...menggerutu dan berkilat nipis..saya senyum sinis jah tgk seko2.
Quote CiliPadiSedap 20-7-2018 07:28 PM
famri7 replied at 20-7-2018 06:20 PM
Nak tengok kesan krim bodoh2 ni sis pergi rantau panjang..tgk muka acik2 berniaga di sana....muka sm ...

kaka fikir mereka darah campuran thailand dan kelantan  rupanya hasil cucuk campuran
Quote sukacactus 20-7-2018 07:49 PM
Apa yg sibuk nak putih sgt
Bkn keturunan oriental pun
Jaga kulit kasi sihat & segar tu lebih baik
Quote Mary_jane 20-7-2018 09:19 PM
Beberapa tahun akan datang ni makin ramai lah hidap penyakit kronok dek produk pemutih ni. Sigh.
Quote CardiGans85 20-7-2018 09:21 PM
Berbangga lah dengan melanin anda. Kenapa malu?
Quote 234126 20-7-2018 10:03 PM
Rosak buah pinggang if cucuk2 tu bukan pure vit C. Byk sgt campur2 dlm satu vial konon nak hasil level ‘lutsinar’ . Beautician yang betul doctor mmg suggest pure vit C je and harga mmg mahal sebab from valid source of course (dah depa doctor bertauliah) dlm rm80-99 sekali inject.
cancer risk dgn kidney failure risk ni if beli vial merata pastu suruh doc cucuk.dosage melampau sgt high tu kidney tak boleh process.lama2 jadi ‘tukun’ cancer dlm badan.
Quote moonbug 20-7-2018 10:05 PM
Kerja gila {:dot
Quote mamarock 20-7-2018 10:17 PM
Tak faham kenapa sesetengah orang suka menyeksa diri camni. Kadang-kadang nampak pelik, muka je putih. Dah mcm mawas ke apa yg muka putih tu
Quote salmon-suki 20-7-2018 11:32 PM
X terfikir nk jd putih melepak cm mayat tuh..knp ler org obses sgt nk jd putih?low self esteem sgt?malu digelar N-word?rsenye selain korea,melayu laa antara y obses nk kulit putih melepak..laki muka hodoh nk gelpren putih,gegel nk putih for boipren supaya xcri lain?gitu?thats not a love,and it will never last sbb kasih berdasarkn rupa. Ish3
Quote Inezkhalidi 20-7-2018 11:48 PM
Nak putih sampai tahap see through ke apa diorang ni?  Sanggup tanggung risiko semata-mata nak jadi 'cantik'{:dot
Quote samasam90 20-7-2018 11:57 PM
cfda recognizes worldwide ke? bukan hanya di china, hence china? ingatkan malaysia refer fda..
Quote retnoel 21-7-2018 12:01 AM
Ramai kawan2 lelaki akak mmg mengidamkan wanita berkulit putih sistur..pakai baju kaler neon tampak menyerlah..akak hny sengih kerang busuk je mendengarnya..
Quote oni313 21-7-2018 12:31 AM
mamarock replied at 20-7-2018 10:17 PM
Tak faham kenapa sesetengah orang suka menyeksa diri camni. Kadang-kadang nampak pelik, muka je puti ...

muka tangan je putih, tp bontot berkerak
Quote Dwdrum 21-7-2018 03:29 AM
Buat apa bagi putih kulit buang melanin..kalau exposed bawah sun ..blister 1 badan dan senang naik rashes.... kalau i ada tan skin seronok sangat cuma sapu golden shimmer oil jah tidak perlu sunbathing...untuk nampak mahal dan gorgeous begitu...
Quote Nurul8001 21-7-2018 05:57 AM
Jujur saya cakap, bertuah betul sesiapa yg kulit putih melepak..

Putih melepak memang mudah nak nampak lawa..kalo gelap, yang betul betul lawa je akan nampak lawa, selebihnya, mudah nak nampak kepam..

Tapi, takpelah..(nada sedih)
Saya bersyukur ada tubuh badan, tulang 4 kerat, cukup sifat, organ sempurna..
Kepam pun kepamlah..
Quote hanalisa 21-7-2018 07:10 AM
berani nye diorang cucuk2 sendiri ni. Aku gi hospital pun doktor amik masa lama nak cari tempat nak cucuk.
Quote RooneyMara 21-7-2018 07:18 AM
Obsess nya dgn nak putih sampai mudah sgt tertipu dgn benda2 mcm ni. Cuba la embrace kulit sawo matang kita ni. Cantik tau. Mat Saleh suka. Tgk lana nordin, bg org Malaysia yg sibuk nk putih, dia ni category gelap dah. Tp laki dia hot. Sama kawan I yg kahwin org  putih. Pun very tan.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055074 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top