CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 20 Bulan Maut Dipercayai Terjerut Tali Bidai Tingkap

23-7-2018 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3816| Komen: 22


Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu.


Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 6.50 petang Sabtu lalu.

sumber : carian internet

Difahamkan ketika kejadian, mangsa Muhammad Azhari Zul Azri yang sedang bermain bersama kembarnya dikatakan terjatuh dari sebuah sofa bersebelahan bidai berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu mangsa disedari dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya yang pada ketika itu sedang mengerjakan solat Asar.

"Ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri lalu segera menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim yang bekerja sebagai penyelia projek di kawasan berdekatan."


"Bapanya bergegas pulang ke rumah dan segera mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan berhampiran tetapi dsahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan hasil pemeriksaan dilakukan." 

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.- CARI


28

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
30

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-7-2018 09:08 AM
Oo.smalam.iols.tgk tali bidainya yang kristal gitu..
Eee...
Quote videcloset 23-7-2018 12:22 PM
Sedihnyaaa. Mesti kembar dia lg sedih bila dah besar nanti. The parents lagi lah sighhh
Quote BoLapciOus 23-7-2018 01:34 PM
salam takziah kpd keluarga mangsa..
Quote talapia 23-7-2018 01:51 PM
kenapa lepas dah nampak anak camtu.. call laki? pastu tunggu laki balik bawak gi klinik? Apsal tak dial 999 je terus? Berapa banyak masa dibazirkan call laki.. tunggu laki sampai.. bawak gi klinik pulak.. sampai klinik kot nak tunggu doktor bagai...

manala tau kalau call 999 terus... sempat dapat bantuan awal.. or at least.. terus keluar cari jiran2 mintak bawak ke klinik dr tunggu laki balik. Emergency kot.. solat bukan lama mana.. keluar2 tengok anak x sedarkan diri.. mungkin masa tu sempat lagi nak CPR kalau dia pandai..
Quote haryatie 23-7-2018 02:02 PM
siannya..bertabah laa
Quote sarahmirza 23-7-2018 02:47 PM
talapia replied at 23-7-2018 01:51 PM
kenapa lepas dah nampak anak camtu.. call laki? pastu tunggu laki balik bawak gi klinik? Apsal tak d ...

Mungkin sejenis mak yang nak order tong gas pun kena suami yang call dan tunggu bangla datang hantar.
Quote talapia 23-7-2018 02:57 PM
sarahmirza replied at 23-7-2018 02:47 PM
Mungkin sejenis mak yang nak order tong gas pun kena suami yang call dan tunggu bangla datang hant ...

setakat tong gas.. tak emergency mane kan.. bole je masak guna rice cooker.. hehe..

bebel2.. lupa nak ucap takziah. Tapi on a serious note.. aku terkilan benda2 mcm ni... as a mother.. aku paham rasa panic bila jadi apa2 pada anak..  aku dapat bayang si ibu ni dok dukung anaknya yang dah tak sedar tu.. sambil2 tepuk2.. nangis2... ke hulu ke hilir dalam rumah tu sementara tunggu laki sampai. Well.. bukan semua kita tau CPR.. even yg tau pon.. tak semua berani nak buat. But call laki n tunggu laki utk bawak anak yg dah motionless ke klinik is a bad decision la... Bukan ke slalu kita disogokkan dengan drama2 pengorbanan ibu2.. yang sanggup berlari dalam hujan mendukung anak yang sakit ke hospital? in real life.. sebaliknya pulak.


Quote Duta lover 23-7-2018 03:00 PM
Dalam drama pun slalu cmtu. Jarang terus kol ambulance. Hehehe
Quote sarahmirza 23-7-2018 03:05 PM
talapia replied at 23-7-2018 02:57 PM
setakat tong gas.. tak emergency mane kan.. bole je masak guna rice cooker.. hehe..

bebel2.. lu ...

Mungkin panik agaknya...
Dunianya dia hanya suami & anak2 aje..
Jiran sebelah pun tak berapa nak kenal..
Sedihnya ....

Takziah kepada keluarga ni..
Sebelum ni pun ada budak meninggal terjerut langsir tak silap.
Budak baru juga kematian mak kandung dan waktu kejadian mak tiri yang ada kat rumah..
Tak ingat pulak, mak tiri dia terus bawa gi klinik/hospital atau tunggu bapaknya balik ke macam mana...
Quote OsHiN_hOnEy 23-7-2018 03:11 PM
harap mak dia ke tali gantung. pronto

for negligence. tak kisah lar nak solat ker nak buat apa ker? otak mmg takda, kuasa memikir dgn waras terletak kat ($U^(#^%UW)^W*&^WE&

takkan nak dakwa abg or kakak yg belum baligh tu kan? or kita dakwa bpk si arwah sebab bodoh sgt beristerikan bini dia tu?

kalo lar yg tengah jaga arwah is pengasuh senang sikit kita nak sediakan hukuman

puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote Burong_Hantuk 23-7-2018 03:15 PM
ibuknya yang cuai!!!!!
Quote OsHiN_hOnEy 23-7-2018 04:05 PM
UP! nak baca komen
(btw -  lewatnya dia solat asar. bersangka baik, anak rapat2 penat jaga, nak solat pun takda masa)

'tadi baca kat FB terus jer log in kat forum nak baca thread kat CI'

takkan thread mcm ni tak laku kot? tu aritu yg budak tangan sampai  putus pun sepatutnya mak bpk dia didakwa

nasib and nyawa anak2 kecil kat negara ni ibarat nyawa2 stray cats and dogs. mati  satu takda memberi kesan pun!  
Quote Dildil 23-7-2018 06:04 PM
banyak nya kes2 libatkan budak2 skrg. takziah
Quote clarizsa 23-7-2018 06:33 PM
Ye ke solat? Ntah2 terbungkang tido

Cuai sungguh

I pun ada psg blinds.. tali mmg dh gulung siap2 takut anak2 bulus buas tersangkut tergantung mati cmni laa

X sgka ada anak manusia yg jd mangsa

Takziah
Quote borrow 23-7-2018 09:29 PM
takziah.

If ada budak kecik , elakkan pasang benda bertali2 nih.  Walaupun berhati2 , ada masa mebi terleka. Tgh bz masak kat dapur, anak gi main bidai , dh mati tercekik.



Quote Genkidesuka 23-7-2018 09:48 PM
Innaa lillaahi wa innaa ilai hirraaji'uun.

Semoga ibu dan ayah arwah bersabar dgn kehilangan anak tersyg.  Semoga kejadian ini menjadi pengajaran utk semua.  Ujian kpd keluarga arwah, ujian kpd kita sebagai saudara seagama.   Org yg paling berhati2 pun adakalanya boleh terleka.  

Maha Suci Allah yg tidak pernah lalai, leka, alpa dan lupa.  Hanya Engkau yg kami sembah dan kpdMu tmpt kami berlindung.  Lindungilah kami dari kelalaian dan kelekaan kami sendiri.
Quote Nham22 24-7-2018 12:46 AM
Aduhh mcm2 hal...bende2 mcm tali...buai...plastik..baldi ade air...manik...pin...lego kecik2...kene extra careful..nampak mcm simple tp high risk pd kanak2 kecik...
Quote famri7 24-7-2018 01:34 AM
Xterkejut pon dgn ummah2 yang suka ngonhket tapi fail jd parent..konsepnya nanti salahlakn tekdir elohim jah..flip.
Quote faraway1 24-7-2018 03:00 AM
teringat ma sa order bidai untuk bilik anak. siap tanya di mana posisi katil anak. kemudian dorang bagitau, mesti ikat tali bidai tu tinggi, buat masa dapat jangan tunggu anak dah besar baru buat.

ok nak pi check tali bidai... takut pula baca ini

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.169032 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top