Sungguh tidak disangka, seorang pemimpin UMNO tergamak membuat kenyataan menghina berhubung kematian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng.
Susulan itu, Khairy Jamaluddin menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengecam kenyataan yang dibuat Razlan Rafii. "Presiden parti Zahid Hamidi mesti kecam kenyataan sebegini. Belajar dari apa yang berlaku.
"Rakyat menolak parti ini kerana terdapat individu yang membuat kenyataan atau melakukan perkara tidak betul. "(Zahid) mesti tunjukkan kepimpinan. Tiada gunanya pemimpin bawahan saja yang mengecam," kata Khairy menerusi laman Twitternya. Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu membuat kenyataan berbaur sindiran dan hinaan terhadap kematian Ng yang meninggal dunia awal pagi tadi. Razlan, bagaimanapun berkata kepada MalaysiaKini bahawa dia tiada niat menghina mendiang, sebaliknya dia juga mahu menyampaikan ucapan takziah sama seperti orang lain. "Sebenarnya, saya menyampaikan ucapan takziah sama seperti orang lain. Saya tidak berniat untuk menghina mendiang dan berharap Ng bersemadi dengan aman," katanya. - CARI
|
31
Bagus |
17
Marah |
17
Terkejut |
34
Sedih |
14
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Pixie902 replied at 20-7-2018 04:26 PM
Bila mulut dan jari lebih laju dari otak...ni lah jadinya...
Lepas tu pengecut pulak...tak mengaku ...
jazaa100 replied at 20-7-2018 04:34 PM
Apa nawawi kata kat mendiang karpal pixie?
jazaa100 replied at 20-7-2018 04:34 PM
Apa nawawi kata kat mendiang karpal pixie?
Pixie902 replied at 20-7-2018 04:52 PM
Kenyataan facebook dia yang lebih kurang maksudnya siapa nak langkah mayat mendiang KS sila bagi n ...
jazaa100 replied at 20-7-2018 04:54 PM
Bongoknya.....
YB blh buat ayat mcm tu...memalukn je
ADVERTISEMENT