Semalam, warga Twitter dikejutkan apabila Wani Ardy (@waniardy) mendedahkan satu kes gangguan seksual oleh guru yang berlaku kepada anak perempuan sahabatnya di sebuah sekolah di ibu kota. Menurut Wani, pada mulanya dia hanya sekadar berkongsikan berita tentang perkara tersebut dan setelah mengetahui perkara itu terjadi kepada anak rakannya, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran berkenaan kes ini.
Menerusi posting itu, Wani menerangkan kronologi kes berkenaan yang diceritakan oleh ibu mangsa dan ia mengejutkan orang ramai kerana kes terbabit turut disaksikan tiga murid lain! Dalam masa sama, beberapa murid lain turut mengaku pernah dipaksa guru terbabit untuk duduk di atas ribanya sebelum alat sulit mereka diraba. Tambah Wani, ibu mangsa pada mulanya enggan membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat laporan kepada sekolah dan jabatan pendidikan. Namun, setelah mengetahui segala-galanya ibu mangsa tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis. Daripada kronologi kes tersebut, kelihatan pihak sekolah seolah-olah ingin mendiamkan perkara seperti ini dan guru tersebut hanya dipanggil untuk sesi kaunseling dan ditukarkan tempat kerja. Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai pensyarah, Wani berasa malu dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pendidik yang melakukan perkara sedemikian kepada anak didik mereka. Bahkan, ramai netizen merasakan perkara sama dan berasa marah dengan kejadian seperti ini yang semakin kerap berlaku di negara kita. Sewajarnya, mereka yang melakukan perbuatan terkutuk seperti gangguan seksual ini dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka itu kerana melibatkan maruah dan masa depan si mangsa. - CARI |
22
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 18-7-2018 09:06 PM
Benda mcm ni patuy viral. Benda crime. Bukan viral benda bodoh pakaian orang and gimik bodoh
sufi^_^ replied at 18-7-2018 04:44 PM
Cikgu pencabul tu ditukar sekolah aje???
Macam nilah tingginya nilai keselamatan & maruah anak2 k ...
munchkin replied at 18-7-2018 09:06 PM
Benda mcm ni patuy viral. Benda crime. Bukan viral benda bodoh pakaian orang and gimik bodoh
ADVERTISEMENT