CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9547|Reply: 46

Keji! Cikgu Nodai Anak Didik Disaksikan Tiga Murid Lain

[Copy link]
Post time 18-7-2018 04:34 PM | Show all posts |Read mode





Semalam, warga Twitter dikejutkan apabila Wani Ardy (@waniardy) mendedahkan satu kes gangguan seksual oleh guru yang berlaku kepada anak perempuan sahabatnya di sebuah sekolah di ibu kota.







Menurut Wani, pada mulanya dia hanya sekadar berkongsikan berita tentang perkara tersebut dan setelah mengetahui perkara itu terjadi kepada anak rakannya, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran berkenaan kes ini.









Menerusi posting itu, Wani menerangkan kronologi kes berkenaan yang diceritakan oleh ibu mangsa dan ia mengejutkan orang ramai kerana kes terbabit turut disaksikan tiga murid lain!











Dalam masa sama, beberapa murid lain turut mengaku pernah dipaksa guru terbabit untuk duduk di atas ribanya sebelum alat sulit mereka diraba.












Tambah Wani, ibu mangsa pada mulanya enggan membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat laporan kepada sekolah dan jabatan pendidikan. Namun, setelah mengetahui segala-galanya ibu mangsa tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis.


Daripada kronologi kes tersebut, kelihatan pihak sekolah seolah-olah ingin mendiamkan perkara seperti ini dan guru tersebut hanya dipanggil untuk sesi kaunseling dan ditukarkan tempat kerja.








Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai pensyarah, Wani berasa malu dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pendidik yang melakukan perkara sedemikian kepada anak didik mereka.




Foto: Twitter






Bahkan, ramai netizen merasakan perkara sama dan berasa marah dengan kejadian seperti ini yang semakin kerap berlaku di negara kita.


Sewajarnya, mereka yang melakukan perbuatan terkutuk seperti gangguan seksual ini dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka itu kerana melibatkan maruah dan masa depan si mangsa. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2018 04:44 PM | Show all posts
Cikgu pencabul tu ditukar sekolah aje???

Macam nilah tingginya nilai keselamatan & maruah anak2 kat malaysia ni.
Siap gurubesar tu kata, kalau bimbang keselamatan anak, tukar sekolahlah.
So sad.

Apa yang nak simpan sangat cikgu2 lahanat macam ni? Tak layak jadi cikgu. Malah patut kena seret ke mahkamah & didakwa, bukan setakat tukar sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 04:47 PM | Show all posts
peraturan 4(2)(d) peraturan pegawai awam 1993 - tindakan tatatertib sehingga buang kerja
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar skola..raba budak..tukar lagi..raba budak lain.pulak..
And the cycle goes.on sampai cikgu mampus
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 04:54 PM | Show all posts
harap report terus ke menteri pendidikan yang baru ni..
beliau macam tegas sikit tentang isu pedo ni kan..
semoga cikgu pencabul budak mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 05:01 PM | Show all posts
Cikgu tu hanya dipindahkan sekolah? Itu jer hukuman mencabul murid?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape malaysia ni ssh sgt nk buang pekerja tetap kerajaan? Cikgu mcm ni nk in service lagi ke? Guru besar tu pon same ptt dibuang.  Ko ptt protect students ko mcm ko protect anak ko.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 05:07 PM | Show all posts
Klu aku jadi Puan K tu gi jumpa je sekolah baru tempat si pedo tu kene transfer  jumpa pengetua dia tunjuk report...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2018 05:10 PM | Show all posts
Asyik ditukarkan sekolahnya je mana kes tak terus berulang
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 05:49 PM | Show all posts
itu je ke hukuman yg diterima??? just ditukarkan sekolah?? dafuqqq
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Guru besar punya komen boleh pindahkan anak ke sekolah lain sama mcm anak buah aku kena. Sekolah ampang. 2 buah sekolah ampang guru besar bagi jawapan sama.

Guru besar dulu tak saa ngan guru besar srkarang. Useless
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda mcm ni patuy viral. Benda crime. Bukan viral benda bodoh pakaian orang and gimik bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 10:56 PM | Show all posts
munchkin replied at 18-7-2018 09:06 PM
Benda mcm ni patuy viral. Benda crime. Bukan viral benda bodoh pakaian orang and gimik bodoh

stuju!!..

gif hiasan




Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 10:59 PM | Show all posts
ntah2 yg buat undang2 tukar2 skolah tu pun Pedo jgk....
cause ending up PROTECTING the PEDOs...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 11:13 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 18-7-2018 11:21 PM

melayu penonggang isle macam biasa,
jangan sebar aib. kena jaga air muka pelaku.  

boleh pulak emak budak ni kata pada mula nya taknak report polis.
patut la pedo berleluasa.

kalo kena kat aku, mmg aku hambur kat sekolah dan pejabat pedidikan sana.
aku hanya akan puas hati bila pedo bangsat ni di berhentikan kerja,
dan masuk dalam penjara,
memang akan aku sebar nama dia serata alam.

kalo duit banyak boleh bayar peguam,
memang aku saman semua yg terlibat.
bagi semua nya malu. kasi bongkar semua.
bugima betoi pedo lahanat ni merosakkan anak orang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 11:44 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 18-7-2018 04:44 PM
Cikgu pencabul tu ditukar sekolah aje???

Macam nilah tingginya nilai keselamatan & maruah anak2 k ...

bersepah2 cikgu babi pedo n cikgu mental yang hanya ditukarkan sekolah bila kantoi...  untuk cikgu babi pedo, patutnya tamatkan perkhidmatan dia  pastu penjarakan aje...  untuk cikgu mental, sila rehatkan dari perkhidmatan pastu hantar la pi kaunseling ke hape ke...

same goes to jabatan kerajaan yang lain...  tak paham kenapa gomen masih nak simpan this kind of staff terutamanya yang pedo n suka buat sexual harrasment...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2018 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok sungguh gambar tu ye takde gambar lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:57 AM | Show all posts
Nak sampai kes rogol ke baru sekolah nak ambik tindakan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 11:09 AM | Show all posts
Kalau anak aku memang smpi KPM aku pergi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 18-7-2018 09:06 PM
Benda mcm ni patuy viral. Benda crime. Bukan viral benda bodoh pakaian orang and gimik bodoh

Tapi i tak gemar dorang mention nama mak budak tu which means public leh tau tu anak sape..kesian budak tu dah besar nnti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.059384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list