Setiap hari, ada sahaja isu membabitkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi bualan masyarakat terutama di laman sosial.
Terbaru, hidangan yang disajikan ketika jamuan tengah hari di Parlimen menjadi perhatian orang ramai selepas sekeping gambar menu memaparkan sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu tular di Twitter. Hutang negara RM1 trilion
Menurut pengguna Twitter yang memuat naik gambar menu berkenaan, harga daging wagyu yang dihidangkan itu dikatakan boleh mencecah hingga RM2,000 sekilogram. Berikutan posting individu berkenaan, rata-rata netizen terpancing untuk mengecam kerajaan yang dikatakan boros, namun dalam masa sama meminta rakyat memberi sumbangan untuk meringankan beban hutang negara. Kena makan sedap-sedap dulu baru otak cerdas Namun, segelintir netizen tampil mempersoalkan menu disediakan kerajaan terdahulu. "Kerajaan dulu nikmat-nikmat belaka, kerajaan sekarang baru nak makan sedap sikit dah terkantoi," komen netizen. Cepat betul nak membawang Sementara itu, ramai netizen tampil memberi penjelasan bahawa terdapat banyak jenis daging wagyu, sekali gus meminta golongan 'pembaris' untuk membuka minda supaya banyak membaca. Janganlah google satu harga saja "Ada bahagian daging yang boleh didapati dengan harga lebih murah. "Kejutan budaya kot warga Twitter Malaysia dengan perkataan Wagyu ni," komen netizen. Inilah penyakit manusia yang paling berbahaya. Suka 'mencipta' kesalahan orang lain tanpa mengkaji dan mendapatkan bukti sahih terlabih dahulu. Minda jangan kelam sangat, okey? - CARI
|
28
Bagus |
27
Marah |
17
Terkejut |
32
Sedih |
45
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT