CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesal Idea Kereta Nasional Kedua Ditolak, PM Selar Lupakan Wawasan 2020

17-7-2018 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4239| Komen: 35

Dalam tulisan blognya semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sikap rakyat Malaysia lebih rela membeli kereta import menjadi punca kegagalan industri automotif negara sekaligus menyebabkan kereta nasional Proton tidak dapat berkembang jauh. 


"Saya diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua dibangunkan kerana beranggapan 'cukuplah' dengan Proton yang dikatakan gagal."

sumber : carian internet

Menurut laporan Astro Awani, Perdana Menteri itu turut melahirkan perasaan kesal kerana ideanya untuk mewujudkan kereta nasional kedua nampaknya kurang mendapat sambutan. 

Secara sinis beliau menyelar, "kita tidak layak dan tidak mampu mengadakan industri automotif, ini kerana rata-rata rakyat Malaysia lebih rela membeli kereta buatan Jepun dan kereta Jerman bagi yang lebih berkemampuan."


"Saya masih ingat kereta Jepun sejurus selepas perang. Kata pengguna kalau kita toreh dengan kuku, kita akan lihat tin Milo. Tetapi dari kereta tin Milo inilah datang aneka model Toyota, Nissan dan Suzuki yang kita guna sekarang."

"Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya," katanya.

Tegas beliau, kerajaan tidak bercadang membuat kereta nasional kedua sebagai industri automotif milik kerajaan.

Beliau menjelaskan pihak swasta di negara ini sudah mampu mereka bentuk, membuat model tanah liat dan model ujian serta mengeluarkan secara besar-besaran kereta bermotor.

"Awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu kerajaan tidak akan ada industri automotif milik kerajaan."

"Syarikat automotif gergasi negara lain membolot pasaran kereta negara kita sehingga tertimbuslah Proton. Akhirnya Proton dijual kepada orang asing. Tidak ada kereta nasional lagi. Tidak ada industri automotif lagi. Pekerja, jurutera, pengurus pun tidak mempunyai kerja lagi. Segala-galanya merosot."

"Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020," tambah beliau.- CARI
45

Bagus
20

Marah
14

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 17-7-2018 01:43 PM
Buat kete nasional bagai nk rak pun pastu jual mahal nk mampos kat negara sndiri nk buat ape.
Quote Themilo 17-7-2018 01:55 PM
tapi anak beranak atok pakai Porsche.

Anak-beranak cucu-cicit sendiri pakai kereta import, tapi rakyat dikerahnya beli kereta tempatan, kalau tak beli maka negara tak akan maju dan tak patriotik.

apo ni atoookkk????
Quote gujiwa 17-7-2018 02:00 PM
atuk terlupe makan ubat.. dia duk pikir wawasan dia.. poket duit rakyat marhaen dia dah terlupa
Quote matamata 17-7-2018 02:03 PM
kau ni org ketiga bukak thread sama
Quote abas8888 17-7-2018 02:15 PM
Depa ni ingat kita mudah lupa macam mahacai2 yg lain..setap projek beliau, maka akan adalah kroni beliau yang dapat untung kaya raya...kah kah kah...mahacai memang mudah lupa...
Quote Cicisweets 17-7-2018 02:32 PM
Bukan dikatakan gagal,dah mmg gagal pun
Quote dinopower2 17-7-2018 02:40 PM
abas8888 replied at 17-7-2018 02:15 PM
Depa ni ingat kita mudah lupa macam mahacai2 yg lain..setap projek beliau, maka akan adalah kroni be ...

nama pun macai..., mana nak ingat
Quote misscendol 17-7-2018 02:44 PM
azwanaliori replied at 17-7-2018 01:43 PM
Buat kete nasional bagai nk rak pun pastu jual mahal nk mampos kat negara sndiri nk buat ape.

tax kat malaysia ni mahal sgt. kalau tgk kereta yg jual kat oversea lg murah harganya dr malaysia
Quote misscendol 17-7-2018 02:45 PM
*double post*
Quote offwhite 17-7-2018 02:49 PM
wawasan 2020 tu lupakn saja atok..now masa utk 2050 pulak..ntah2 ade ke idok kite ni atok..
Quote LostStar 17-7-2018 03:09 PM
ni masih dengan misi2 lama.. sudahla woiiii... kata malaysia baru.. mana baru ko? yang lama d barukan ke? itu jekkkkk
Quote ra5101 17-7-2018 03:10 PM
sebab tu orang was was 20:20
Quote rospinki 17-7-2018 03:16 PM
ra5101 replied at 17-7-2018 03:10 PM
sebab tu orang was was 20:20

aku login semata nak gelak ni je

was-was
Quote hayati_hassan 17-7-2018 03:21 PM
lupakan lah tun M
membazir ja populasi kita 30juta
mmg harga kereta tak akn dpt jual dgn harga murah
boleh ker nk jual harga bwh RM10K? mustahil ..........
Quote buapakperut 17-7-2018 05:43 PM
buruh nelayan dan juga pak tani ..gaya hidup kini dah berubah... kerani n17 pun nak jugekk hondee yang basic pun jadiii laaa
Quote wirazam 17-7-2018 06:35 PM
azwanaliori replied at 17-7-2018 01:43 PM
Buat kete nasional bagai nk rak pun pastu jual mahal nk mampos kat negara sndiri nk buat ape.

setuju...patutnya jual murah kat malaysia...keter stok import jual giler2 mahal...barular keter nasional berjaya...cuba tgk korea...majoriti warganya pakai semua kereta made in korea..

ini warga sendiri dianaktiri..rega proton dlm negara lebih mahal dr yg kat luar...persetankan pasaran luar...make use dulu pasaran dlm ni...

done bg input...
Quote wirazam 17-7-2018 06:37 PM
model wira dulu dah ok bagus..ditamatkan pulak..

dah hilang brand wira

mana dia owner baru proton nih..
Quote wirazam 17-7-2018 06:37 PM
mana dia pejuang proton set set dia tu je...@peYno
Quote saripdolmat 17-7-2018 06:41 PM
wirazam replied at 17-7-2018 06:35 PM
setuju...patutnya jual murah kat malaysia...keter stok import jual giler2 mahal...barular keter na ...

Rata2 ini la punca org marah. Masih ingat lg masa proton jual kereta di australia. Proton guna spec paling tinggi utk jual kat sana. Tapi utk rakyat sendiri guna spec paling rendah. Dan jurang harga sgt beda. Kita mahal dlm 20k wlpn spec kita very low

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.343791 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top