Tarikh: September 8, 2013 SHAH ALAM - Penangkapan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital utama negara ini dan pemilik syarikat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar penyelewengan pembelian ubat-ubatan bernilai hampir RM6 juta. Penyelewengan yang berlaku sejak 2011 itu dijalankan secara licik oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan yang bertanggungjawab mengesahkan penerimaan bekalan ubat-ubatan di hospital itu. Sumber utama Sinar Harian, memaklumkan kegiatan itu berjaya dikesan setelah siasatan mendapati pegawai perubatan itu hidup mewah dan tidak setanding dengan gaji yang diterima. Manakala pemilik syarikat berkenaan adalah bekas kakitangan kerajaan yang dipercayaikan memberikan lebih 60 peratus daripada nilai RM6 juta kepada pegawai hospital terbabit untuk mengesahkan penerimaan bekalan ubat kepada hospital. Kedua-dua mereka ditahan di sekitar ibu kota awal minggu ini. Modus operandi kegiatan ini adalah dengan menghantar sebut harga pembekalan ubat kepada hospital berkenaan terlebih dahulu. Setelah kelulusan pembekalan diterima, pemilik syarikat seolah-olah melakukan prosedur biasa tetapi ubat-ubat berkenaan tidak wujud. Hanya pengesahan penerimaan dibuat tanpa menerima ubat-ubatan sepatutnya serta pembayaran diluluskan. Menurut sumber lagi, pihak SPRM sedang menyiasat bagaimana pengesahan penerimaan ubat-ubat tersebut dibuat sedangkan ubat itu tidak wujud. "Siasatan juga menjurus kepada penglibatan lebih banyak pihak. Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan bagaimana pembayaran itu dibuat dengan begitu mudah sekali tanpa ada pemeriksaan atau audit dibuat terhadap setiap barang yang diterima," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
|
peachRose posted on 8-9-2013 08:06 PM
peg perubatan?
bukan peg farmasi?
setahu aku bab2 beli ubat ni peg farmasi yg duk stor yg buat..
mikasa posted on 8-9-2013 08:16 PM
pegawai perubatan yang jadi pengarah hospital kot...tandatangan dia paling berkuasa. pegawai farma ...
"Siasatan juga menjurus kepada penglibatan lebih banyak pihak. Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan bagaimana pembayaran itu dibuat dengan begitu mudah sekali tanpa ada pemeriksaan atau audit dibuat terhadap setiap barang yang diterima," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
ADVERTISEMENT