CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9704|Reply: 45

[Jenayah] Dimana ubat RM6 juta? (UPDATE: Kes siasatan mendiang Kevin Anthony Morais)

[Copy link]
Post time 8-9-2013 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Acong at 16-9-2015 07:24 PM

SPRM: Dimana ubat RM6 juta?

Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan NURUL RIDUAN NORSHAHA
Tarikh: September 8, 2013

SHAH ALAM - Penangkapan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital utama negara ini dan pemilik syarikat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar penyelewengan pembelian ubat-ubatan bernilai hampir RM6 juta.

Penyelewengan yang berlaku sejak 2011 itu dijalankan secara licik oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan yang bertanggungjawab mengesahkan penerimaan bekalan ubat-ubatan di hospital itu.

Sumber utama Sinar Harian, memaklumkan kegiatan itu berjaya dikesan setelah siasatan mendapati pegawai perubatan itu hidup mewah dan tidak setanding dengan gaji yang diterima.

Manakala pemilik syarikat berkenaan adalah bekas kakitangan kerajaan yang dipercayaikan memberikan lebih 60 peratus daripada nilai RM6 juta kepada pegawai hospital terbabit untuk mengesahkan penerimaan bekalan ubat kepada hospital.

Kedua-dua mereka ditahan di sekitar ibu kota awal minggu ini.

Modus operandi kegiatan ini adalah dengan menghantar sebut harga pembekalan ubat kepada hospital berkenaan terlebih dahulu.

Setelah kelulusan pembekalan diterima, pemilik syarikat seolah-olah melakukan prosedur biasa tetapi ubat-ubat berkenaan tidak wujud.

Hanya pengesahan penerimaan dibuat tanpa menerima ubat-ubatan sepatutnya serta pembayaran diluluskan.

Menurut sumber lagi, pihak SPRM sedang menyiasat bagaimana pengesahan penerimaan ubat-ubat tersebut dibuat sedangkan ubat itu tidak wujud.

"Siasatan juga menjurus kepada penglibatan lebih banyak pihak. Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan bagaimana pembayaran itu dibuat dengan begitu mudah sekali tanpa ada pemeriksaan atau audit dibuat terhadap setiap barang yang diterima," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

AKAN MENYUSUL.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/sprm-dimana-ubat-rm6-juta-1.199880

bodoh gak songlap RM6 juta saja......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2013 03:16 PM | Show all posts
panas...panas.....ada cacing2 di dlm rangkaian tu tgh kepanasan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 04:03 PM | Show all posts
Semoga dapat ditangkap penyangak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 04:06 PM | Show all posts
wah..kaya raya depa dgn penyelewengan ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 04:45 PM | Show all posts
gile la...
hai obat, hai obat, mari beli obatt......


hari tu aku gi klinik kesihatan, obimin dh pakai botol kaca okeh....
x de pakai plestik2 cm dolu...
kos x meningkat ke gini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 05:01 PM | Show all posts
doktor pun tak amanah?
guru, polis, ahli politik lagi le byk kes dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2013 05:07 PM | Show all posts

.. hmmm.... rasanay depa buat kerja kotor ni sesekali ... so .. meman takpasanla ko ubat2 tu tak di deliver ... pasti la ada rangkaian ni .... jeng jengg  jenggg .. tengok siapa yang kena ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 05:11 PM | Show all posts
bnyk tue jota2 ria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2013 06:41 PM | Show all posts
pegawai perubatan tu doktor kan? masak lah ko

tapi ubat kan jenis pakai habis, kalau dah di gunakan mana nak ada bukti. jangan2 bolos lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 07:13 PM | Show all posts
mana boleh buat menda ni sorang2...paling kurang ada 5-10 staff lain juga terlibat..


paling teruk...order ubat original...htr ubat bukan ori..byr harga ori
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 07:17 PM | Show all posts
sorang kena tangkap, yg laen bakal menyusul la...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dh letak duit nombor satu....inilah jadinya

Setahu aku... gaji doc ni mmg banyok...tp xde la smpai mewah gile

Tiba2 tringat kat ex classmate... jgn dia sudah...huhu... tp mmg aku tgk dia tu mewah semacam.... husnuzon, mungkin anak org kaya kot...haishh rase mcm tak... ntah lerr... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 07:45 PM | Show all posts
gaji doctor prebet ker gomen?

kalau gomen , keje 10 taun baru nak cecah rm10k sebulan..takda nya nak mewah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 07:56 PM | Show all posts
Macam2 cara leh org buat:
-delivery order main chop & sign je. Tak buat fizikal stock count
-delivery qty silap atau mengelirukan. Silap dengan "pack of how many pcs" atau "pack of how many boxes"
-stock x ready, supplier hantar letter of undertaking ke. Last2 lupa or buat2 lupa.
-qty & price tak match ke. Bila sebutharga : harga orginal. Hantar barang generik or palsu terus
-product dipack dengan product lain. tambah2 yg buat "kit set" banyak boleh silap
-bonus skim for user ke. Beli 100+(f.o.c 100) etc. or lagi parah beli 50 + (f.o.c 500)
macam2 boleh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 08:06 PM | Show all posts
peg perubatan?
bukan peg farmasi?
setahu aku bab2 beli ubat ni peg farmasi yg duk stor yg buat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 08:16 PM | Show all posts
peachRose posted on 8-9-2013 08:06 PM
peg perubatan?
bukan peg farmasi?
setahu aku bab2 beli ubat ni peg farmasi yg duk stor yg buat..

pegawai perubatan yang jadi pengarah hospital kot...tandatangan dia paling berkuasa. pegawai farmasi cuma cari ubat mana yag sesaui..propose kat pengarah. pegawai farmasi pun dah cukup lebat...banyak company dadah akan cari dia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2013 08:28 PM | Show all posts
cuba gali lagi, kot2 mereka terlibat ni bekal dadah kt puak2 pil estacy ke pil kuda ka..bukan leh caya..

potong aja kepala orang2 ni..nyusahkn orang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2013 09:09 PM | Show all posts
card_reader posted on 8-9-2013 07:17 PM
sorang kena tangkap, yg laen bakal menyusul la...........

bunuh je yg kena tangkap, boleh hilang jejak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 09:44 PM | Show all posts
mikasa posted on 8-9-2013 08:16 PM
pegawai perubatan yang jadi pengarah hospital kot...tandatangan dia paling berkuasa. pegawai farma ...

mmm..maybe jugak...tp procedure beli ubat ni byk tingkat jugak...kl sorang susah nk lepas even pengarah sbb ikut sistem kena ada endorsement org lain2 start dari ordering sampai clear payment...mesti ada libatkan few ppl...sindiket la ni..

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:34 AM | Show all posts
"Siasatan juga menjurus kepada penglibatan lebih banyak pihak. Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan bagaimana pembayaran itu dibuat dengan begitu mudah sekali tanpa ada pemeriksaan atau audit dibuat terhadap setiap barang yang diterima," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


pikahak audit ....kena ubat pelali ke ....
itu baru ubat ....belum perkasa2 spital lain....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.374517 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list