Tergamaknya seorang bapa merogol bayi perempuannya yang baru berusia lapan bulan. Lebih dahsyat, lelaki dari Ukraine itu sanggup menjual bahan pornografi tersebut kepada sebuah laman web lucah di Australia.
Daily Mail melaporkan, lelaki beruisa 27 tahun dari wilayah Zhytomyr itu ditahan dalam satu serbuan selepas mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Canberra. Dia dihukum penjara dua bulan sementara menunggu prosiding jenayah bermula dengan dakwaan mengedarkan bahan pornografi dan merogol kanak-kanak. Suspek didapati memperkosa mangsa ketika mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.
jurucakap polis, Vitaly Chubaevsky berkata, "Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di rumah atau berkebun. Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh polis. Dia menjadi saksi paling penting kes ini." Suspek adalah bekas askar dan tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialami pada tahun 2014 di timur Ukraine. "Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Dia menyembunyikannya di dalam bilik mangsa, namun kami berjaya menjumpainya. Kami turut merampas komputer milik suspek." Jika didapati bersalah, dia bakal dihukum penjara 15 tahun. -CARI
|
27
Bagus |
31
Marah |
32
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kakJOYah replied at 16-7-2018 10:13 AM
Bini dia tak pernah salin pampers anak ke..?
Takkan tak perasan luka kena rogol tu..?
Cilaka betul ...
dutch_lady replied at 16-7-2018 11:43 AM
sian nye baby tu.....mak dia x perasan ke kat flower baby tu...
ADVERTISEMENT