CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Kanak-Kanak Thailand Terperangkap Dalam Gua Diharap Tidak Terpedaya

13-7-2018 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6822| Komen: 39

Description: 12 orang kanak-kanak Thailand yang berjaya diselamatkan dari terperangkap di dalam gua selama 18 hari diminta supaya tidak terpedaya dengan janji-janji manis pihak yang tidak bertanggungjawab.
12 orang kanak-kanak Thailand yang berjaya diselamatkan dari terperangkap di dalam gua selama 18 hari diminta supaya tidak terpedaya dengan janji-janji manis pihak yang tidak bertanggungjawab.


Pesanan itu adalah dari sekumpulan pelombong arang batu Chile yang kisah mereka terperangkap dalam runtuhan lombong selama 69 hari dibawa ke layar perak.

AFP melaporkan, walaupun filem yang dibintangi oleh Antonio Banderas itu mendapat kutipan kasar AS$25 juta (RM101 juta), namun kesemua pelombing yang terperangkap itu tidak menerima walau sesen pun sampai ke hari ini.

Foto: Utusan Online
Mario Sepuldeva, antara pelombong arang batu yang wataknya dibawakan Antonio dalam filem bertajuk ‘The 33’ itu berkata, “Diharapkan semua kanak-kanak itu mengelakkan diri dari diperdaya pihak tidak bertanggungjawab serta mahu mengambil kesempatan ke atas mereka."


Kesemua pemain bola pasukan ‘Wild Boar’ berusia antara 11 hingga 16 tahun itu terperangkap bersama jurulatih mereka yang hanya berusia 25 tahun sedangkan kesemua 33 pelombong itu adalah lelaki dewasa ketika kejadian berkenaan berlalu lapan tahun lalu.

“Perkara paling penting adalah pihak berkuasa dan keluarga harus melindungi kanak-kanak ini dari diperdaya pihak yang mahu mengambil kesempatan.” -CARI
20

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
16

Sedih
34

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-7-2018 04:11 PM
Bagus acik ni bg ingatan
Biasa la...bila.isu besar mcm ni..ramai yang suka amek kesempatan...
Quote jalfa 13-7-2018 04:15 PM
Boleh tengok cite the 33'ni..aku prefer buat documentary je...kalo blakon propa je lebih
Quote krustykrab 13-7-2018 04:19 PM
so kena bagi ganjaran jugak ke kat acik2 pelombong w/pun acik2 pelombong hanya mangsa dan bukan hero
Quote VioletsAre_Blue 13-7-2018 05:55 PM
krustykrab replied at 13-7-2018 04:19 PM
so kena bagi ganjaran jugak ke kat acik2 pelombong w/pun acik2 pelombong hanya mangsa dan bukan hero ...

Tentulah sis kesah pasal mereka kot..takde mereka takde filem..nama mesti guna nama mangsa tersebut,amboi senang2 ambil untung atas kesusahan orang lain
Quote krustykrab 13-7-2018 06:01 PM
VioletsAre_Blue replied at 13-7-2018 05:55 PM
Tentulah sis kesah pasal mereka kot..takde mereka takde filem..nama mesti guna nama mangsa tersebu ...

Oooo...ok tp yg kes kt thai ni sendiri yg carik susah, bukan atas sbb kerja , nk kna share jgk ke?
Quote alesandra 13-7-2018 06:43 PM
hollywood mmg tak bagi  atau liat royalti utk karektor .salah satu cth kes...american crime  story.prosecuter  kes utk oj simpson..chris darden bising  tak dapat satu sen pun memula tu.padahal yg potray watak dia  siap menang emmy ,golden globe etc...
Quote dani-rox 13-7-2018 07:44 PM
buat dokumentari jah.

usah terpedaya dgn janji2 manis hollywood... ujung2 cerita di white wash - org amerika jd hero, semua org celebrate hero tersebut sambil kibarkan bendera murica. pastuh watak asian tangkap muat: muka jepun ada, muka india ada.
Quote fliphair8 13-7-2018 07:45 PM
Good....ade gak yg remind them....benda2 macam ni memang ade puak2 yg akan amik kesempatan...
Quote chazey 13-7-2018 07:48 PM
dani-rox replied at 13-7-2018 07:44 PM
buat dokumentari jah.

usah terpedaya dgn janji2 manis hollywood... ujung2 cerita di white wash - ...

Yeap. Macam Ghost In The Shell tu. Hanjeng namampos diwhite wash habis habisan.
Quote dani-rox 13-7-2018 08:03 PM
chazey replied at 13-7-2018 07:48 PM
Yeap. Macam Ghost In The Shell tu. Hanjeng namampos diwhite wash habis habisan.

khennn. sekarang scarlett johansson dihanjeng abis2an sbb dia pegang watak transgender pulak. kat sinun siap cakap lg mungkin scarjo akan pegang watak bebudak thai wild boar

hollywood dari dulu lg suka whitewash. watak asians tp sanggup soh pelakon kulit putih dicat kulit tan dan sepetkan mata. filem2 yg diangkat dari bible, patut ada wajah2 middle eastern dan afrika tp dilakonkan kokesen paling aryan yg dia org dpt cari. ada british accent summore dan dah terbukti, jesus christ was actually brown skinned jew. masih jua hollywood gemar casting pelakon blonde mata biru hahaha
Quote putriTS 13-7-2018 08:28 PM
I ada tgk movie ni...even end credit ada tulis miners ni tak dpt apa pun from govt Chile dan juga majikan. Last2 film maker pun 'lupa' nak hulur?
Even hero bukit kepong kat tanah air sndiri pun tak pnah dpt penghargaan setimpal dari kerajaan.
Quote RatuDunia94 13-7-2018 08:48 PM
Suruh je penerbit malaysia yg buat..
Kurang2 scene budak2 terperangkap n rescue tu cuma 5 minit je..
Selebihnya hero n heroin terlanggar bahu, gaduh2, terbit cinta, muncul org ketiga, halangan keluarga, saham syarikat, heroin kena culik, hero selamatkan - HAPPY ENDING!
Quote Levespa 13-7-2018 08:48 PM
RatuDunia94 replied at 13-7-2018 12:48 PM
Suruh je penerbit malaysia yg buat..
Kurang2 scene budak2 terperangkap n rescue tu cuma 5 minit je ...

hahaa terbaikk
Quote makita 13-7-2018 08:55 PM
La kesian, yg meols taw....company n kerajaan xde bg pampasan.
Bila buat filem ni pon x dpt..
Kira dpt peluang hidup kali ke 2 je la
Quote sinalegna 13-7-2018 09:14 PM
chazey replied at 13-7-2018 07:48 PM
Yeap. Macam Ghost In The Shell tu. Hanjeng namampos diwhite wash habis habisan.

Kan. Amende scarlet jo

Ni kisah benar so agak2 la kalo nk cast omputih - except elon tu la.. i'm sure dia nak mencapub as himself
Quote Catpaw 13-7-2018 11:50 PM
RatuDunia94 replied at 13-7-2018 08:48 PM
Suruh je penerbit malaysia yg buat..
Kurang2 scene budak2 terperangkap n rescue tu cuma 5 minit je ...

            
Quote moonbug 14-7-2018 12:30 AM
Good reminder. Biasalah Hollywood, anything that sells
Quote angio 14-7-2018 12:43 AM
RatuDunia94 replied at 13-7-2018 08:48 PM
Suruh je penerbit malaysia yg buat..
Kurang2 scene budak2 terperangkap n rescue tu cuma 5 minit je ...

Idea baik buat skrip utk drama raya haji.. Buhsan arr ashik citer tak dapat balik kampung beraya..



Quote pearl.silver 14-7-2018 07:49 AM
angio replied at 14-7-2018 12:43 AM
Idea baik buat skrip utk drama raya haji.. Buhsan arr ashik citer tak dapat balik kampung beraya ...

Klu diadaptasi ke drama raya haji, kisahnye lembu korban yg lari sesat dlm gua..dan rescue mission nye nk selamatkn lembu tu..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.318504 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top