Datuk Ustaz Kazim Elias menangguhkan sementara keputusannya untuk menjual Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah di pusat berkenaan di Manjoi, Ipoh.
Harian Metro melaporkan, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima reaksi dari pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan nergeri yang sudi membantu. Ustaz Kazim berkata, “Perbincangan akan dilakukan selepas ini dengan beberapa agensi yang ingin membantu sebelum saya akan mengumumkannya pada bulan hadapan sama ada akan menjual atau meneruskan unit tahfiz ini. “Keputusan akan dibuat pada Ogos kerana sekiranya keputusan untuk menjual unit tahfiz ini kekal, saya perlu memikirkan nasib pelajar yang terpaksa mencari pusat tahfiz baru dan tempoh empat bulan sehingga Disember memadai untuk mereka mencari pusat tahfiz baru."
Sebelum ini Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual unit tahfiz selepas tidak mampu membiayai kos pusat berkenaan yang berjumlah RM150,000 sebulan. Perkara itu tular di media sosial selepas dimuat naik ejen di mudah.my dengan harga jualan sebanyak RM5 juta. “Saya tidak pernah minta dana daripada mana-mana pihak termasuk daripada parti politik untuk menguruskan pusat pendidikan ini, namun sejak lepas Pilihan Raya Umum (PRU) bagaikan ada tangan ghaib yang cuba menghalang saya daripada menyampaikan ceramah. “Saya tidak tuduh sesiapa dan tidak mahu tuduh sesiapa kerana ceramah saya dibatalkan oleh penganjur di saat akhir dan ada yang dibatalkan selepas saya dah sampai di bilik menunggu." -CARI
|
14
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangbikerz replied at 11-7-2018 12:40 PM
Mission accomplished..... hihihihi
Maideen. replied at 11-7-2018 12:44 PM
As far as I'm concerned he can even shove the Tahfiz up his arse, abangbikerz. Tak payah bagitahu ...
namieamuro replied at 11-7-2018 01:59 PM
ape yg sampai 150k per mth..byk gak ek..iols bru tau..
sejak kes cabul kt tahfiz uke..i dh x brp ...
ADVERTISEMENT