Ngeri apabila sebahagian tubuh seorang lelaki Kanada yang mati kira-kira 10 hari lalu dimakan oleh oleh anjing peliharaanya. Mayat Glen Pattinson, 62 dikunyah oleh anjingnya, Cujo di bahagian muka hingga nampak tulang dan tengkorak.
Daily Mail melaporkan, lelaki berkenaan tinggal dengan ajing peliharaannya di Thailand. Haiwan tersebut ditemui berada di sisi mayat yang ditemui dalam keadaan bogel. Jiran Pattinson membuat aduan anjing berkenaan sering menyalak dan mengesyaki ia mungkin sudah lama tidak dibawa keluar. Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian mendapati tubuh mangsa dikunyah sehingga tulang rusuknya kelihatan.
Mangsa dikatakan menghidap kencing manis dan baru mendapatkan rawatan di hospital. Polis berkata, kematian tidak diklasifikasikan sebagai mencurigakan. “Dia ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan dipercayai mati antara tujuh hingga 10 hari. Anjing jantan itu berada di sisinya dan tidak minum selama beberapa hari. “Tiada sebarang tanda pergelutan atau bilik itu digeledah. Kita tahu dia tinggal bersendirian dan mayat dibawa untuk pemeriksaan forensik bagi mengenal pasti punca kematian. “Kita turut menghubungi pihak kedutaan untuk memaklumkan keluarganya untuk urusan pengebumian.” -CARI
|
22
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 11-7-2018 10:07 AM
kesainnya....
btl2 kurang berhubung ngn sesiapa ni. at least kalau dia ade berhubung hari2 ngn or ...
ADVERTISEMENT