Kehangatan Piala Dunia akan berakhir hujung minggu ini dan akan bertandang kembali empat tahun lagi. Sempena perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 15 Julai nanti, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan kejutan istimewa. Di laman Instagramnya, Tony mengadakan peraduan santai iaitu rakyat Malaysia perlu memilih juara pilihan serta nyatakan kenapa ingin berada di Rusia ketika perlawanan akhir berlangsung. Hadiahnya pula sangat istimewa iaitu sepasang tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut serta tiket kapal terbang pergi-balik dan kemudahan sepanjang berada di sana. Wow! Sangat hebat hadiahnya. Dengan hadiah yang sangat lumayan ini, ramai yang menyertainya hingga ribuan jawapan memenuhi ruangan komen Tony. Ramai yang memilih England sebagai pasukan pilihan dengan alasan masing-masing. Ada juga yang memilih negara lain seperti Belgium dan Perancis. Tapi, itu lah. Tony meminta hanya 15 patah perkataan, tetapi ramai juga yang menulis lebih dari yang diminta. Ada juga yang kelihatan 'membodek' Air Asia. Manakala penyokong negara yang telah pulang awal pula memberi komen untuk melepaskan peluang keemasan tersebut. Pasti antara ribuan, ada terselit komen yang mengharukan. Biarpun panjang berjela, namun pengorbanan yang dilakukan oleh insan kesayangan pengomen ini sangat memberi kesan. |
24
Bagus |
17
Marah |
5
Terkejut |
22
Sedih |
10
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT