2 Julai lepas , Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat barah limfoma.
Susulan itu, Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut akan diadakan pada 4 Ogos depan. Hari penamaan calon ditetapkan pada 21 Julai ini dan tempoh mengadakan kempen adalah selama dua minggu. Ini merupakan pilihan raya kecil yang pertama buat Pakatan Harapan setelah berjaya memenangi piliharaya umum pada 9 Mei yang lalu. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood ketika sidang media di ibu pejabat, tempoh masa pengundian dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang akan dipanjangkan berbanding 5 petang sebelum ini.
Shuhaimi, bekas setiausaha politik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya 9 Mei untuk penggal ketiga dengan majoriti 12,480 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, PAS dan PRM.- CARI |
16
Bagus |
24
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT