CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Perlu Didaftar, Belajar Asas Penjagaan Bayi - TPM

5-7-2018 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7038| Komen: 39

"Kes ini satu contoh keperluan untuk kita mengawal selia 
pengasuh (tak berdaftar), kes ini jarang berlaku."


BH Online melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kes pembunuhan bayi yang kemudian diletakkan di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.


Foto: IG Dr Wan Azizah



Sehubungan itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setiap pengasuh perlu didaftarkan di bawah kementeriannya.

"Saya masih menanti laporan penuh daripada timbalan saya sebelum memikirkan langkah konkrit untuk mengelak kes seperti berlaku lagi," katanya dalam sidang media, kelmarin.

Tambahnya, setiap pengasuh perlu menjalani latihan asas penjagaan bayi sebelum dibenarkan mengasuh di rumah sendiri.

Berikutan itu, beliau mencadangkan pusat penjagaan anak disediakan di pejabat mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Sementara itu, bapa kepada Adam Rayqal, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak mereka.



Dalam masa sama, Mohd Sufi meminta jasa baik orang ramai untuk menghormati privasi arwah Adam dengan tidak berkongsi gambar tidak sepatutnya.


Foto: BH Online

Jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, malam tadi. - CARI
9

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 5-7-2018 10:10 AM
daftar pastu wajibkan amik kursus dan berikan sijil



seblum beri sijil cek background dan interbiu
Quote fushimi 5-7-2018 10:18 AM
jangan dilupa check sekali tahap mental pengasuh

kalau yang jenis hantar hantar kat umah mohon ibu bapa check dulu ahli keluarga yang tinggal dalam rumah pengasuh


Quote shernazz 5-7-2018 10:28 AM
Pengasuh pon kalau x mampu nak jaga..
Bgtau lah..
Jangan jadikan stress utk dera budak...
Parents juga give n take..
Jangan sampai ambil kesempatan..

Pengasuh area.umah iols.neh...parentsnya slalu amek lambat...dh balik tp.kuar balik.pegi makan berdua laki bini...pasar malam lah...pas maghrib atau isyak baru amek..ot pon x bayar
Last last malas nak ngasuh...baru tau..htr taska ckp mahal la apa la..kena.ikut time la..
Rasain lhoo..
Quote SLAManya 5-7-2018 10:30 AM
fushimi replied at 5-7-2018 02:18 AM
jangan dilupa check sekali tahap mental pengasuh

kalau yang jenis hantar hantar kat umah mohon i ...

sebelum buka pusat pengasuh, kena buat mental test dulu
termasuk pekerja

tapi sebenarnya kebanyakan yang membunuh ni ialah normal termasuk yang bunuh/dera budak

Quote mizruncing 5-7-2018 03:56 PM
setuju! perlu cek sekali tahap kesihatan pengasuh sbb skrg ni ramai sgt yg mengalami masalah kemurungan. kebanyakan pengasuh is housewife. so as a housewife maybe ramai yg ada problem rumahtangga ke, problem lain ke. so kne cek background dorang n kena ada latihan asas jgk utk jaga bby. dah lepas semua saringan baru layak dpt certificate. just my opinions. klu bkn skrg bila lg kita nk mula. takut lg ramai bby yg jadi mangsa. tgk video yg pengasuh kt taska dok sepak terajang budak rase menyirap je
Quote RatuDunia94 5-7-2018 04:47 PM
Ibu bapa pon kena main peranan juga.. Hanya hantar anak ke pengasuh berdaftar sahaja.. Sbb kerajaa susah nk pantau pengasuhtak berdaftar sbb mostly dorang nk amik jln mudah.
Quote sofiazara 5-7-2018 04:53 PM
asyik2 suruh gomen pantau. takde idea lain ke

ibu bapa la sendiri patut tahu. hantar anak dgn org berlesen..nursery. ko serah bulat2 kat org yg taktau apa kemahiran dan pengalaman. u think its not your fault?

Quote sofiazara 5-7-2018 04:55 PM
sama je mcm htr anak kat sekolah yg takde lesen takde cikgu bertauliah. pastu apa jadi kat anak tu patah or mati.adakah 100% salah cikgu tak berlesen?
Quote alesandra 5-7-2018 05:02 PM
perkataan daftar dan belajar tu perkataan fobia bagi sesetgh ummah yg hina
Quote Orix 5-7-2018 10:19 PM
Ttbe teringat dekat org yg jaga iols masa kecik......
Quote mbhcsf 6-7-2018 02:16 AM
Edited by mbhcsf at 6-7-2018 09:38 AM

dari PRU 12 ke PRU 14 , so kira sampai bertukaq kerajaaan lah ...apa natijah?

sama je

oh nanti komen bebanyak 'dikatakan tak buat homework  ke kat kita' tapi well pahat masih berbunyi ye. hmm....
Quote mbhcsf 6-7-2018 02:18 AM
ambik  atau sediakan tempat jagaan kekanak - ni dah disuarakan oleh kerajaan dulu.
di mana pengasuhnya


ada criminal record check ups

ada pengetahuan  

tentang child care


child psychology

pertolongan cemas asas kekanak yg dibaharui setiap setahun


malaysian

mesti ada pemantauan
Quote faraway1 6-7-2018 04:09 AM
masa me ambil course untuk layak
jadi cikgu tadika kat Québec ini.

first kena buat police certificate, untuk memastikan tiada kes polis etc

kemudian belajarlah apa patut..

kemudian praktikal 5 bulan. masa praktikal ini
me tahu,kerja kat tadika bukan mudah dan it's not for me kaedahnya...

so praktis apa belajar dengan anak aje hari ini.
Quote misscendol 6-7-2018 08:42 AM
semoga tabah! anak syurga menanti ibu bapa nya di syurga nanti
Quote suhada10 27-8-2018 04:49 PM
semoga tabah.sekarang ni banyak sangat dah kes ni.tambah rumah2 asuhan yg lesen pon xde,tah sape2 yg jaga. kan byk org yg ada pnglaman jaga siap ada lesen,ibu bapa patut check btol2
Quote soonki 28-8-2018 12:08 PM
suhada10 replied at 27-8-2018 04:49 PM
semoga tabah.sekarang ni banyak sangat dah kes ni.tambah rumah2 asuhan yg lesen pon xde,tah sape2 yg ...

sedih dgn kes camni. dah berleluasa. byk sangat pengasuh kat luar sana tu takde qualification yg betul pun nak mengasuh jadi mcm ni la. nak ambik pengasuh pun kene cari betul2. dorang ni ckp je pengalaman tp tak stabil.
Quote Artemesiaa 28-8-2018 12:17 PM
Ada baiknya semua mereka didaftarkan demi keselamatan kebaikan semua pihak.  
Quote yatty123 28-8-2018 02:22 PM
Artemesiaa replied at 28-8-2018 12:17 PM
Ada baiknya semua mereka didaftarkan demi keselamatan kebaikan semua pihak.

i setuju.. semua pengasuh mesti ada lesen ni utk mengelakkan kes ni berlaku lagilebih selamat kpd ibu bapa mengupah pengasuh untuk menjaga anak2
Quote suhada10 28-8-2018 03:07 PM
Artemesiaa replied at 28-8-2018 12:17 PM
Ada baiknya semua mereka didaftarkan demi keselamatan kebaikan semua pihak.

biasa la,semua nak amik jalan mudah,malas nk rumit2. nyawa org mcm dah tak bernilai skrg. mgkin kena hukuman yg btul2 berat tuk org mcm ni.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052194 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top