Wanita zaman kini sering dimomokkan dengan kewujudan lelaki idaman yang berkulit cerah, tinggi dan kacak seperti dalam drama Korea. Tetapi, tahukah anda sebenarnya, lelaki-lelaki di Korea itu tidaklah setinggi seperti yang menjadi aktor di kaca televisyen. Sebahagiannya menggunakan alat bantuan untuk menjadi lebih tinggi. Sebuah akaun Twitter telah membongkar rahsia bagaimana cara mendapatkan ketinggian idaman hanya dalam masa beberapa saat! Ianya sesuai untuk bakal pengantin lelaki yang selalu kalah dengan tumit tinggi tiga inci milik isteri ketika di atas pelamin. Apakah rahsianya? Ia adalah sepasang insole yang boleh dimuatkan ke dalam kasut mengikut kesesuaian ketinggian yang dikehendaki. Ia boleh didapati dalam beberapa ketinggian dan material seperti gel silikon dan kusyen getah. Insole ini sering digunakan artis K-pop untuk kelihatan lebih tinggi bagi memenuhi standard yang ditetapkan netizen Korea. Bagi mereka, ketinggian adalah satu kelebihan yang dikagumi sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Insole ini mudah didapati dan boleh dibeli secara atas talian. Pemilik akaun Twitter tersebut memberi cadangan untuk memilih insole jenis kusyen getah kerana menurutnya, suaminya lebih selesa menggunakan insole jenis itu. Rakan-rakan yang dipetik (tagged) pada status tersebut janganlah berkecil hati ya. Mereka hanya ingin membantu anda yang kurang ketinggian. Mana tahu, bila tetamu melihat anda yang tinggi serta-merta anda dapat menjana pendapatan dengan menjadi agen ‘ubat tinggi’. - CARI
|
30
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
36
Sedih |
31
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tomaz replied at 4-7-2018 11:26 AM
Boleh pakai penyendal pintu sbgai alternatif
RatuDunia94 replied at 4-7-2018 07:02 PM
Tp pelakon2 korea tu mmg dah tinggi pon.. 6 foot tall. Kalo dh pendek mcm aiman tino pakai benda ala ...
ADVERTISEMENT