CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Kucing Pula Kena Selam Dengan Anak-Anak Tetamu! Budak-Budak Sekarang Memang Nakal Ke?

2-7-2018 03:53 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4715| Komen: 13|Original author: Oleh: Whitney


Kemeriahan sambutan hari raya di negara kita masih lagi terasa. Semakin Aidilfitri sampai ke penghujungnya, semakin banyak penganjuran rumah terbuka. Bagaimana pun, ada cerita yang tidak enak di dengar apabila tuan rumah mengadu tetamu yang datang merosakkan harta benda di dalam rumah.

Apa yang dikongsi oleh seorang pengguna twitter ini lain pula ceritanya. Habis mati beberapa ekor anak kucing kesayangan tuan rumah setelah diselam ke dalam air oleh anak-anak tetamu yang datang ke rumah. Kenapa sampai macam ni sekali?


Inilah mangsa-mangsanya. Kesian anak-anak kucing yang comel ni.


Ini pula kronologi kejadian.




Ramai netizen yang geram dengan kelakukan kanak-kanak tersebut. Mereka tidak didik untuk sayangkan haiwan oleh ibu bapa mereka sehingga sanggup memasukkan anak-anak kucing itu ke dalam air.



Netizen pencinta kucing semestinya sebak dan sedih apabila anak-anak kucing itu diperlukan begitu. Bagi mereka, tindakan kanak-kanak tersebut begitu kejam.



Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana tidak memantau aktiviti anak-anak ketika berada di rumah orang. Anak-anak memang ada yang tidak boleh duduk diam dan kerjanya suka mengusik harta benda orang. 

Bagaimana pun ada juga netizen yang berasa kasihan dengan kanak-kanak yang melemaskan anak-anak kucing itu kerana mereka masih kecil dan banyak perkara dalam hidup yang mereka masih belum tahu dan belajar.


Apa-apa pun, mengawal aktiviti anak-anak ketika berkunjung kerumah tetamu menjadi tanggungjawab ibu bapa. 

Janganlah terlalu asyik atau leka berbual dan menjamu selera sehingga terlupa memerhatikan kelakuan anak-anak walaupun anak-anak sudah biasa berkunjung ke rumah tetamu tersebut. - CARI

8

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 2-7-2018 04:15 PM
eeiii.. kenapa ye perangai macam tu?
Quote msel 2-7-2018 04:30 PM
meleret-leret penjelasan cerita...malas nak baca sampai habis..

tapi kesian la habis mati semua..
Quote imransulaiman 2-7-2018 04:49 PM
Saya ada nampak gambar anak-anak kucing tu dalam baldi dah mati semua {:cryrun
Quote palmolive 2-7-2018 04:51 PM
kanak2 mana2 zaman pun nakal..
bergantung pada mak bapak dia nak buat camner
Quote kuzaime 2-7-2018 05:10 PM
Comelnya miaww ni 100% salah mak bapak..x reti2 ajar anak adab bila pi umah org
Quote matchstick 2-7-2018 05:40 PM
mggu lps dh ada thread psl ni tp aku tgk gmbr kucing2 tu dh kembung perut mati. ni baru tgk gmbr aruah2 semasa hidup. comelnye lahai..
Quote Artemesiaa 2-7-2018 06:14 PM
Kes yang dah dibahaskan dalam CI minggu lepas
Quote precious_chicas 3-7-2018 04:52 AM
aduhaii.....kemurungan aku baca cerita nih...
Quote maxgamer82 3-7-2018 10:50 AM
Edited by maxgamer82 at 3-7-2018 10:56 AM

mak bapak sibuk kerja...anak semua tinggal kat nursery...
pastu bila time hantar ke sekolah,cikgu tegur usik sikit,mak bapak ni jugak la yang melenting repot sana sini...

bila anak buat hal camni,nak salahkan sapa lagi?

apapun balik pada diri sendiri juga...apa kita bagi makan,apa kita tunjuk contoh di rumah,apa yang kita galakkan...muhasabah supaya tak jadi pada diri kita atau keluarga terdekat...
Quote niena90 3-7-2018 11:49 AM
Budak skang makin buas yer. Segala apa yg diorg buat skang tak tercapai akal kita masa dulu2. Gelongsor kat playground kwsn rumah I dibakar, konon acah2 buat unggun api dlm gelongsor tu. Habis punah berlobang benda tu. Makin melampau kan perangai diorg? Itu baru tingkah laku, belum masuk perkataan2 lucah, meraba2 org. Diorg mmg advanced dah!
Quote amyza 3-7-2018 02:50 PM
Comelnye miaw2 tu. Bulu pun cantik&bersih je. Geram pulak dengar cerita mcm ni. Aritu ikan mati, ni kucing pulak.
Quote rogayahtop 4-7-2018 01:15 AM
Edited by rogayahtop at 4-7-2018 01:16 AM

nak buat camna. bebudak skrg ni diajar duduk diam dengan gadget. kat rumah sendiri mak bapak tak kuasa nak melayan anak bagi hp, tablet, baru la diam budak tu mengadap youtube. bila pg beraya, gadget tinggal nanti rosak, jatuh dsb so tu yg bile pegi rumah org mcm anak hantu kopek. tp budak2 yg pegi tadika awal 3/4 tahun ni nampak tau duk diam. anak kawan akak yg dulu2 mmg buas pun dah reti bersalam, cium tangan n jaga adik duk diam2 atas couch. baru 6 bulan tadika nok. suka akak tgk terpaksa bagi duit raya tebal sikit.

so akak pun mmg tak didik anak dgn tablet. korang nak tgk youtube pakai la pc bapak korang dalam bilik. mak je boleh beripadpro takda gst depan tv. lol.

Quote meya 13-9-2018 12:13 PM
Inilah yang terjadi bila mak bapak tak ajar anak ...tak boleh faham macamana boleh budak umur macam tu buat perkara macam ni.

Budak-budak memang takde akal tapi dari mana datangnya  idea diorang boleh fikir buat perkara ni.  

Ada mak bapak nampak kucing datang pergi halau pergi tendang ..tak hairan kalau budak baru pandai jalan pun buat perkara sama bila nampak kucing.  

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047609 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top