Seorang gadis kritikal ditikam oleh lelaki yang dipercayai kekasihnya. Dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah asrama pekerja di Lima Kedai, Gelang Patah, Johor Bahru itu, kedua-duanya dikatakan bertengkar.
mStar Online melaporkan, suspek telah menikam mangsa beberapa kali menggunakan senjata tajam. Mangsa berusia 20 tahun itu cedera di tangan kiri serta perut dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah. Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Iskandar Puteri, Supritendan Ismail Dollah berkata, “Dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, suspek berumur 26 tahun itu akhirnya berjaya ditangkap di kawasan Bukit Mertajam pada 28 Jun pukul 4.40 petang."
Difahamkan, suspek dan mangsa bekerja di kilang yang sama di Tanjung Kupang. Punca sebenar kejadian masih disiasat. Suspek direman selama lima hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. -CARI
|
26
Bagus |
17
Marah |
21
Terkejut |
27
Sedih |
24
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dwdrum replied at 29-6-2018 06:16 PM
Swmoga cepat sembuh .... boleh lagi couple dengan lelaki mental ..... dahulu sebelum kahwin i memang ...
niena90 replied at 29-6-2018 09:02 PM
Adoiii segelintir lelaki skang asal gaduh je nak tikam! Tak takut ke kena hukuman? Fobia btol la dgn ...
ADVERTISEMENT