Seorang saksi yang menjerit, melakonkan semula detik Zulfarhan Osman ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu telah menyebakan suasana pilu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut itu.
"Tolong!!!!! Panas!!!!!," jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM). mStar Online melaporkan, Senabil adalah individu yang melihat mangsa ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017. Mengimbas kembali, di bilik tersebut, tertuduh keenam iaitu Abdoul Hakeem Mohd Ali, bertanya beberapa soalan kepada mangsa namun mangsa dikatakan memutrar belit jawapan sebelum dia ditumbuk di perut sebanyak dua kali.
Abdoul Hakeem kemudian menyuruh mangsa membuka seluar dan menyambung memukul mangsa sebelum 10 lagi individu masuk ke dalam bilik tersebut. Mangsa juga dipukul dengan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah. Sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq. "Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat." Ahmad Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo. "Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa." Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa. Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. -CARI |
8
Bagus |
10
Marah |
31
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dutch_lady replied at 29-6-2018 11:03 AM
Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugut ...
ADVERTISEMENT