Keseluruhan wang tunai, barang kemas, jam tangan dan beg berjenama milik keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas di enam lokasi penggeledahan mencecah nilai lebih RM1 bilion.
mStar Online melaporkan, daripada 72 beg yang dirampas, 25 daripadanya mengandungi kira-kira 12,000 barang kemas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, "Jumlah keseluruhan mencecah RM900 juta hingga RM1.1 bilion... semua sekali dari enam lokasi penggeledahan," katanya. "Daripada 12,000 barang kemas itu, 1,400 adalah rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 subang, 1,600 kerongsang dan 14 tiara.
"Jumlah harga barang sahaja bernilai RM440 juta tidak termasuk kos tukang upah dan pembuatan barang tersebut. "Pakar menyatakan bahawa harga pasaran adalah 50 hingga 100 peratus lebih dengan mengambil kira kos tukang dan juga reka bentuk. "Maka dengan tambahan 50 hingga 100 peratus lebih, harga pasaran bagi barang kemas itu mencecah RM660 juta atau RM880 juta." 567 beg tangan dari 37 jenama pula bernilai RM51.3 juta. Masa selama lapan hari diperlukan untuk mengira nilai beg tersebut. "Ini termasuk beg jenama Bijan, beg mewah yang direka khas dengan ada yang berharga RM1.6 juta setiap satu," tambahnya. -CARI
|
14
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT