Seorang bomoh berusia 73 tahun didakwa mencabul anak tirinya puluhan kali selain memperkosa mangsa sebanyak empat kali sejak setahun lalu. Memetik TribunNews, selain memberikan sejumlah wang, suspek juga berjanji akan menurunkan ilmu spiritual setiap kali mencabul mangsa yang berusia 17 tahun.
Perbuatan keji bomoh berkenaan terbongkar apabila mangsa mengadu kepada ibunya selepas muak sering dimarahi walaupun sudah melayan nafsu buas bapa tirinya itu. Ibu mangsa, kemudian melaporkan perkara itu kepada ketua kampung pada malam Isnin sebelum penduduk kampung menyerbu dan manangkap suspek di rumahnya di kawasan Kedungwaringin, Kecamatan Bojonggede, Kabupaten Bogor, Jawa Barat dan menyerahkannya kepada polis.
Menurut jurucakap polis, suspek merogol mangsa ketika mereka berdua-duaan dirumah, sementara isterinya keluar bekerja. Difahamkan, mangsa sudah tidak bersekolah dan sering berada di rumah, manakala suspek merupakan seorang bomoh yang dihormati penduduk kampung. Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. - CARI
|
16
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT