Isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiada kaitan dengan syarikat pelaburan dana negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), lapor Harian Metro.
Perkara itu dinyatakan peguamnya, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent yang mendakwa Rosmah langsung tiada kaitan dengan operasi 1MDB. “Kami ingin mengulangi bahawa anak guam kami (Rosmah) tidak mempunyai kaitan atau peranan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat berkenaan, lebih-lebih lagi pengurusan kewangan atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma guaman itu.
“Sebagai isteri kepada perdana menteri ketika itu, Rosmah tidak terbabit dengan keputusan dibuat Najib,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Mereka juga menegaskan bahawa anak guam mereka tidak terbabit dengan sebarang perkara dikendalikan Najib, apatah lagi mempengaruhi keputusannya. “Oleh itu, mengaitkan Rosmah secara terus dengan 1MDB serta menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang itu adalah usaha bagi mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk, untuk merosakkan imej beliau. “Rosmah akan terus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara ini,” katanya. Terdahulu, WSJ memetik sumber menggambarkan Rosmah merupakan dalang di sebalik penyelewengan 1MDB. Malah, laporan berkenaan menyebut Rosmah sebagai kuasa sebenar di sebalik pentadbiran Najib selain sering mempengaruhi keputusan bekas PM itu yang ‘kurang tegas’. - CARI
|
12
Bagus |
11
Marah |
23
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 26-6-2018 10:04 PM
Nyah! Kau baru keluar jinjang ataupun masih rabun? Thread dah ada lah!
Hari ini nyah lambat la..ba ...
Modngengade replied at 27-6-2018 06:34 AM
Ye ke mother fucker...akak x perasan plak dah ada tered
ADVERTISEMENT