Orang kata peminat K-Pop terlalu obses dengan artis pujaan mereka hinggakan sanggup 'membackup' jika artis mereka dikutuk. Apatah lagi jika ada yang menyamakan artis tempatan dengan artis Korea ini pastilah mereka meradang. Manakan tidak, mereka yang mengata itu sebenarnya tidak tahu bahawa untuk menjadi artis K-Pop perlu menjalani latihan bertahun-tahun sebelum membuat 'debut', berbanding artis Malaysia yang jika mempunyai suara sedikit sedap, rupa paras komersial, menyanyi di Smule dan Youtube-sudah boleh menjadi penyanyi. Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat tersebut. Perbezaan artis K-Pop dengan Malaysia bagaikan jauh langit dari bumi. Dengan memberi beberapa contoh artis K-Pop yang terpaksa melalui persaingan dan latihan ketat, barulah berpeluang muncul di Televisyen berbanding artis Malaysia yang bersandarkan populariti. Tetapi, nak salahkan artis sepenuhnya pun tak boleh. Ini kerana pengaruh populariti lebih dipandang di Malaysia berbanding bakat. |
JDT replied at 27-6-2018 02:51 PM
Kpoppers ni cute miut hahah.. Saya tengok macam ala2 hamster je.. Macam V dan Jungkok BTS..
Memang ...
rosannazmia replied at 27-6-2018 04:59 PM
Bias wrecker tuuuuu huhuhuhu... Opss kaka nye bias RM n Hobi... Tp JK n V mmg cute giler..
emily.topaz: Part being humble tu i setuju. Walaupon bukan semua artis kita ada attitude issueTp bab bakat, i rasa artis kita pon setanding malah lebih baik lagi. ...
Orix replied at 27-6-2018 03:08 PM
Kpop pn ramai nyanyi live hauk ? Sooo ?
ADVERTISEMENT