Sekarang ini musim orang melangsungkan perkahwinan dan banyak jemputan yang diterima sempena cuti persekolahan. Bagi yang sudah berkahwin, pasti sudah merasai asam garam dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan adalah tanggung jawab dan amanah yang sangat besar untuk digalas. Seorang pengguna twitter menaikkan status provokasi tentang tugas dan tanggungjawab seorang isteri serta mengecam nilai wang hantaran RM20 Ribu yang dianggap terlalu murah buat bakal isteri. Sudah pasti ada netizen yang tidak bersetuju dengan status wanita ini. Dalam sebuah perkahwinan, suami dan isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab.
Jadi, netizen ini menganggap ia tidak adil jika wanita ini fikir beban rumah tangga hanya ditanggung oleh seorang isteri dengan nilai hantaran hanya RM20K. Ramai juga netizen yang mengecam wanita ini kerana dia belum lagi berkahwin dan belum faham konsep perkahwinan dalam Islam. Jadi, netizen menasihatkan wanita ini berkahwin dan barulah sesuai bercakap tentang tanggung jawab isteri dalam rumah tangga. Lagi-lagi bab menetapkan wang hantaran buat bakal suaminya. Netizen juga faham yang wang hantaran bukanlah wajib diberikan kepada isteri tetapi ia adalah hadiah daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Sememangnya RM20K tidak cukup jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan seorang isteri tetapi Allah akan memberi ganjaran yang besar buat isteri yang ikhlas menjaga rumah tangganya. Hinggakan ada netizen yang keliru, wanita ini ikhlas hendak berkahwin atau ingin jual badan? Janganlah sebab orang lain kahwin, kita pun sibuk hendak kahwin tetapi belum faham konsep perkahwinan dan belum bersedia untuk menjalankan tanggung jawab dengan ikhlas. Bukan mudah untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga hingga akhir hayat. Banyak lagi cabaran dihari mendatang. Betul tak? - CARI
|
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
16
Sedih |
10
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
razzims replied at 22-6-2018 02:19 PM
lelaki sejati kahwin lebih dari satu. i agree to disagree
Alais replied at 22-6-2018 05:07 PM
perempuan sejati pun boleh kahwin lebih satu
Alais replied at 23-6-2018 08:55 AM
jika bini ada banyak laki
bila mati satu laki ada laki lain
ada yg tanggung bini & anak
ADVERTISEMENT