Kisah kemurungan atau 'depression' Haqiem Rusli sememangnya diperkatakan oleh peminat dan netizen. Ramai yang tidak sabar untuk menanti kedatangan Julai bagi mendengar sendiri pengumuman sama ada penyanyi baru tersebut akan jadi bersara atau tidak. Namun, di Twitter, seorang netizen yang menggunakan nama Sherry Al Padat membuat ulasan mengenai tiga kesilapan Haqiem yang perlu dibetulkan jika betul Haqiem mahu jauh dalam industri hiburan ini.
Sherry memberi contoh mudah iaitu sikap Haqiem yang dikatakan tidak menghormati orang lain. Sampaikan memberi contoh bagaimana artis ketika seusia Haqiem berjaya tetapi tetap menghormati orang lain yang lebih 'senior'. Tidak lupa, isu membahasakan penyanyi senior sebagai Aishah sahaja turut dijadikan cerita. Banyak juga yang didedahkan termasuklah isu bersama Asfan. Pendedahan ini membuatkan ramai netizen berasa ia sudah keterlaluan kerana kenyataan ini bersifat menghukum dan menyebar kebencian. Bagaimanapun, ramai juga yang bersetuju dengan pendedahan Alan ini yang menyuarakan isi hati mereka yang turut sama terlibat dalam industri ini. |
Leeanne88 replied at 20-6-2018 12:48 PM
Wartawan cari ni baca habis ke tak eh tweet tu? Sebab info dalam tu pun ada yang ambik dari forum ni ...
BoongaKertas replied at 20-6-2018 02:29 PM
teruk gak sherry tu kena bash dgn fanclub HR. ttiba teringat ayjayyy. defensive giler dulu fans sheo ...
ayjay replied at 20-6-2018 02:41 PM
Hahahaha I know more than that Sherry apanama. I can reveal more kalau I naklah termasuk apa naz ...
ADVERTISEMENT